Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Bicara Agama / Renunggan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Agama / Renunggan. Papar semua catatan

Jumaat, 27 April 2012

Renungan di pagi Jumaat

"Jangan jadikan kain kafan sebagai penutup aurat mu yang pertama dan yang terakhir."

Selasa, 10 April 2012

Rakaman Kuliah Ust Azhar Idrus - Bertudung tapi seksi



Sebagai orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.

Isnin, 8 Ogos 2011

LoVe CriMe


Alamat cinta adalah bila seseorang sanggup berkorban demi orang yang dicintainya

Persoalannya : Siapa yang kita cinta ? Meletakkan kecintaaan pada tempat yang tidak selayaknya, maka kita adalah penjenayah cinta.

Cintakan Allah, banyak mengingatinya. Cintakan Rasul, banyak berselawat ke atasnya. Cintakan diri, banyak memohon ampun dan beristighfar kepadaNya

Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan Dan watak Dakwahnya.

“DarkJustice ni memang bodoh dan jumud, terlalu taksub pada pengkianat bangsa anwar Ibrahim dan tok guru.... awak dan para penyokong pebankang semuanya bodoh”

“Oii orang Pakatan Rakyat kalau nak buat kacau, jangan duduk dalam Malaysia, pergi duduk di IRAQ kawan dengan puak syiah”
“Sedara tak payah susah2 bagi ceramah dekat myspace! Kami masuk cni bukan nak baca tulisan politik sedara dekat bulletine, kami nak realese tension… so stop le keje2 bodoh yang sedara dok buat ni”

Mustahil jika hati tidak marah apabila membaca komen-komen di atas. Rasa terhiris dan mudah sahaja untuk bertindak balas. Kita ada seribu satu sebab untuk mengiyakan tindak balas kita… sama ada dengan maki hamun semula, selinsing lengan atau kurangkan bercakap banyakkan tindakan, bagi sejibik… sebijik!

Ahad, 31 Julai 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan

“Ya Allah , jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.

Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Selasa, 12 Julai 2011

Syaitan Dan Hidung

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Jumaat, 1 Julai 2011

Bangkitlah Dari Lenamu

Firman Allah yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran" -Surah Al A'sr ayat: 1-3

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun, begitulah pantasnya putaran detik masa berlalu bak lintasan kilat yang menyambar dihujan hari.

Semalam yang ditinggalkan tiada kembali lagi, hanya nostalgia mengamit minda.

Jumaat, 17 Jun 2011

Masa yang berlalu...

Salam sahabat...

Entah kenapa mood untuk menulis cam kureng je. Kosong. Tak tahu nak kata... Begitulah manusia. Adakala sepi rindu resah kosong moody hampa gelisah resah... macam-macam melanda. Wakakaka. Berputar bagai roda. Begitukan???

Apapun... hari ni nak berceloteh tentang masa. Saya... rasa cepat betul masa berjalan. Mungkin tak sesuai lagi kot menggunakan kalimah berjalan untuk masa. Masa kini tidak lagi berjalan... mungkin berlari dan melompat lajunya. Sedar tak sedar dah pertengahan bulan jun . Erm... dengan kata lain dahpun setengah tahun. Apa yang telah Saya lakukan 5 bulan yang lalu. Rasanya baru semalam ditinggalkan. Takde apa yang menarik untuk dikenang. Kosong... Wa... kosong lagi.

Selasa, 7 Jun 2011

Mahkamah Allah

Dunia sedang melihat dan memerhati
Sebuah satira, drama, sandiwara dan konspirasi
Agar seorang yang ditakuti dan dibimbangi
Tidak akan sampai ke tampuk kuasa satu hari nanti
Kerana kuasa itu untuk kita secara eksklusif dan parti
Yang membusuk hingga usus ini tidak akan mati

Lalu direka cerita mengarut, meluat, meloyakan dan geli
Dibuang jauh hukum syarak, logik, pahala dosa dan maruah diri
Kerana nafsu gila itu menggila dan mabuk tanpa sedar diri

Setiap kata mencerminkan peribadi individu

TUTUR kata yang dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan iaitu melalui perbualan, penulisan atau perdebatan. Sebagai manusia, kita mempunyai hak menyuarakan pendapat sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.

Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ini boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan serta perbalahan.

Ahad, 22 Mei 2011

Bola, Bola Jugak Tapi Sholat Jangan Lupa!

Penyokong KELANTAN Bersholat Jemaah Di Padang Bola, Tak ada di tunjuk dalam akhbar pun??!!


Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Jumaat, 20 Mei 2011

Jangan Pegang-Pegang

"Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang,Duduk renggang-renggang Bertambah sayang... Biar malu-malu, Biar segan-segan, Kerna malu itu Perisai orang beriman"...

iss.. iss.. lagu Ana Rafalli apa yang aku dok melalut nyanyi pulak... OK berbalik pada posting kali nie "jangan pegang-pegang", Bagi pasangan ber'couple tentunya yang bercinta anda patut baca posting ini...
-DP

Apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Rabu, 18 Mei 2011

Tidak Tahu?

Bertemu dengan hari yang terlalu panjang untuk "terus hidup", benar-benar mengingatkan kita kepada kehadiran Allah swt di sisi kita.Kita melupai Allah namun Dia tidak pernah melupai kita. Berdoalah seikhlasnya semoga "ingatan" Allah pada diri kita yang hina ini terus berkekalan sehingga kita menemuiNya nanti.

Disaat ujian bertamu, tidak lekang ingatan kita kepada kebesaran Allah. Namun disaat ujian pergi,kita kembali kepada dunia yang mempersonakan. Begitulah kehidupan manusia yang melalui proses pengulangan yang panjang tampa henti. Berhentinya ia apabila berpisahnya roh dan jasad, meneruskan sebuah ketetapan perjalanan roh ke alam barzakh dan tidak mampu lagi berpaling lalu insaf pada kehinaan diri yang tidak pernah disedari.

Diwaktu Perlu Memilih.

Salam sahabat Facebook dan Blog...

Entah di mana untuk Saya mulakan posting kali ini... ekeke. Cam best je bunyinya. Ahaks. Oklah...

Seringkali dalam hidup dan kehidupan kita akan berhadapan dengan
pilihan.

Pilihan yang menentukan sebuah kehidupan.
Pilihan antara hidup dengan mati. Hua hua hua.

Sabtu, 7 Mei 2011

Ucapan Bersempena Hari…

Salam... buat sahabat dan rakan-rakan semua…

Di Malaysia atau mungkin di mana-mana dunia hari ini terlalu banyak sambutan bersempena. Saya tidak bermaksud untuk kontra dengan segala sempena... Tidak!!! Cuma kadang-kadang hati sering tertanya patutkah kita mengambil semua sempena yang pastinya datang dari Barat? Bukan saya mengatakan semua yang datang dari barat itu salah dan semua yang datang dari timur itu betul. Tidak!!! Tidak sama sekali.

Tidak cukup dengan sambutan hari lahir, hari ini dan tika ini, kita dihebohkan dengan sambutan pelbagai hari. Tika dan saat ini riuh rendah dengan sambutan hari ibu, hari bapa bulan lepas sambutan sempena hari kekasih, minggu setiausaha, sambutan hari kemerdekaan tulat dan tubin hari guru dan bulan may ini kita bersama berkumpul menyata dan menyuarakan luahan kita sebagai pekerja disambutan sempena hari pekerja...

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Isnin, 2 Mei 2011

Wanita perlu ‘bertelanjang’ untuk bersukan...

ADEGAN seorang lelaki asyik menonton siaran langsung sukan renang (air) dan gimnastik di kaca televisyen dimarahi isterinya kerap menjadi bahan lakaran kartunis. Bukan apa, isteri meradang melihatkan keasyikan si laki melihat tubuh wanita yang terbabit dalam acara sukan berkenaan.

Memang dunia sukan menampilkan atlet wanita yang memakai ‘seadanya’ dalam acara berkenaan dan kini ditambah lagi dalam acara seperti bola tampar pantai, malah dalam acara olahraga pun pesertanya tampil dengan pakaian menyamai coli dan seluar dalam.

Sesetengah atlet wanita Malaysia masih kekal dengan singlet dan seluar pendek tetapi sesetengah yang berani sudah mengikut rakan mereka dari Barat.

Ahad, 1 Mei 2011

Melatanya kejahatan akibat manusia itu sendiri

Kami tidak melalaikan sesuatupun didalam Kitab ini… (6:38)

….dan telah Kami wahyukan Kitab (Al-quran) kepadamu untuk menerangkan segala sesuatu dengan jelas…. (16:89)

Hadis ;
Rasulullah bersabda, “Akan terjadi kejahatan-kejahatan.” Baginda ditanya, “apakah yang menyelamatkan kita darinya? “Baginda menjawab, “Kitab Allah, didalamnya terdapat berita-berita tentang apa yang terjadi sebelum kalian dan yang terjadi setelah kalian”

Selasa, 26 April 2011

MENGUMPAT dibenar SYARAK?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi”.

Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW.

Ahad, 24 April 2011

Bila agaknya masa untuk perubahan?

Memasuki zaman yang sudah bercampur antara islam dan kemungkaran, tidakkah kita terfikir bahawa inilah masanya untuk kita kembali kepada islam yang sebenar. Lihatlah betapa parahnya gejala maksiat didalam masyarakat.

Remaja islam sudah berani bermaksiat dan merakamnya untuk tontonan sedangkan mereka lupa, perbuatan maksiat samada yang mereka rakam ataupun tidak sentiasa dirakam oleh malaikat untuk diperlihatkan kembali kepada mereka diakhirat kelak.

Kita sudah bosan membilang angka bayi yang dibuang merata tempat.Kita bosan menggelengkan kepada setiap kali ada anak yang lahir tampa bapanya. Kita sudah penat mengetip bibir apabila jenayah dalam negara marak umpama api yang membakar dedaun yang kering. Tidakkah kita terfikir inilah akibat apabila melupakan penyelesaian yang Allah turunkan kepada manusia?