Pengikut

Selasa, 7 Jun 2011

Mahkamah Allah

Dunia sedang melihat dan memerhati
Sebuah satira, drama, sandiwara dan konspirasi
Agar seorang yang ditakuti dan dibimbangi
Tidak akan sampai ke tampuk kuasa satu hari nanti
Kerana kuasa itu untuk kita secara eksklusif dan parti
Yang membusuk hingga usus ini tidak akan mati

Lalu direka cerita mengarut, meluat, meloyakan dan geli
Dibuang jauh hukum syarak, logik, pahala dosa dan maruah diri
Kerana nafsu gila itu menggila dan mabuk tanpa sedar diri...

Lupakah kamu kepada Mahkamah Allah?
Sedarkah kamu tindakan kamu itu diperhati Allah?
Hilangkah kewarasan akal dan budi kerana nafsu serakah?
Terpinggirkah akhlak murni dek GILA KUASA yang membarah?
Insafkah kamu bahawa kita ini khalifah?
Yang membawa jawatan hanya kerana amanah?

Padang Mahsyar tetap tiba
Mahkamah Allah tetap ada
Mulut dikunci tidak berkata
blog, portal, website nifaq berfungsi tiada
Tangan, kaki dan yang lain jadi saksi semua
Muka akan tunduk merasa hina
Mereka yang zalim tetap dikira
Hati mereka tetap akan hiba
Kerana pemfitnah dan yang bersekongkol tetap diazab akhirnya.

-D'Perbatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan