Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

Bangkitlah Dari Lenamu

Firman Allah yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran" -Surah Al A'sr ayat: 1-3

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun, begitulah pantasnya putaran detik masa berlalu bak lintasan kilat yang menyambar dihujan hari.

Semalam yang ditinggalkan tiada kembali lagi, hanya nostalgia mengamit minda.

Esok yang mendatang, entah milik siapa, yang pastinya akan terkubur jua. Begitulah, lumrah hidupnya insan dipesada yang tiada abadi.


Namun, bani insan
masih lena diulik mimpi-mimpi sementara yang menyeronakkan tanpa menghiraukan lautan selimut dosa dan pahala yang menyelimuti diri.

Dunia hari ini, tak seindah dunia dulu. Anak-anak kecil bagaikan kapal tanpa nahkoda hanyut entah kemana. Dibiarkan membesar bersama arus ketamadunan tiada sempadan tanpa dibajari dan disirami nur keimanan dan ketaqwaan.

Sedangkan ibu- bapa hanyut bersama pembangunan dunia material tanpa mengendahkan sekelumit waktu untuk sikecil.

Muda- mudi
berterbangan bagaikan merpati sejoli terbang ke sana- sini mengikut rentak bayu yang menjijikan tanpa menghiraukan perangkap dosa yang mendatang. Permata berharga dibiarkan hancur dek kerakusan nafsu yang menyeronokkan.

Lantas tiada siapa yang peduli, rintihan suara kecil yang tak berdosa dibiarkan bagaikan sampah di jalanan.

Yang berkuasa memejamkan mata tanpa menghiraukanya, hanya lontaran janji- janji manis bermain dibibir yang penuh dengan sandiwara.

Harta kekayaan bangsa terus dimamah satu persatu bagaikan singa kelaparan tanpa menoleh depan dan belakang.


Suara-suara kebenaran terus ditenggelamkan bersama arus kebencian. Islam hanya bermain dibibir, dijaja kesana kesini bagaikan akulah perjuang Islam yang terulung sedangkan dihati ternampak kebencian yang nyata.

Begitulah lagak binatang bertopengkan manusia yang penuh dengan sandiwara menjijikkan.


Entah!!, sampai bilakah ianya akan berakhir,entah!!, siapakah yang akan membelanya, bangkitlah dari lenamu wahai
perjuang- perjuang kebenaran, walaupun ketitisan darah terakhir.

Pastikan keagungan Islam bersinar kembali bersama sinarnya mentari pagi..


-AmirDarkJustice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan