“Masa depan politik Shahrizat bergantung kepada Perdana Menteri” kata PM Najib. Sesungguhnya itulah hakikatnya jika dipandang dari sudut jawatannya sebagai ahli jemaah kabinet negara. Sememangnya jawatan menteri itu adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri seratus peratus. PM boleh melantik sesiapa sahaja dalam jamaah menteri, waimma melantik orang yang tidak berguna kepada negara dan rakyat.Begitu juga dengan pemilihan sesiapa yang hendak dilantik sebagai senator yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu juga adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri. Oleh kerana ‘prerogative’ Perdana Menteri itulah maka kita lihat ramai menteri-menteri kabinet Najib itu ramai dikalangan mereka yang menjadi persoalan dan isu besar dalam politik negara pada hari ini.












