Bertemu dengan hari yang terlalu panjang untuk "terus hidup", benar-benar mengingatkan kita kepada kehadiran Allah swt di sisi kita.Kita melupai Allah namun Dia tidak pernah melupai kita. Berdoalah seikhlasnya semoga "ingatan" Allah pada diri kita yang hina ini terus berkekalan sehingga kita menemuiNya nanti.
Disaat ujian bertamu, tidak lekang ingatan kita kepada kebesaran Allah. Namun disaat ujian pergi,kita kembali kepada dunia yang mempersonakan. Begitulah kehidupan manusia yang melalui proses pengulangan yang panjang tampa henti. Berhentinya ia apabila berpisahnya roh dan jasad, meneruskan sebuah ketetapan perjalanan roh ke alam barzakh dan tidak mampu lagi berpaling lalu insaf pada kehinaan diri yang tidak pernah disedari.
Dunia yang mempersonakan seolah mengikat dan membelenggu perasaan. Semakin dijauhi semakin ia hampir menawarkan harapan-harapan indah. Manusia yang sifatnya berkehendak, menerima lalu mengharapkan. Apabila ia berharap maka manusia itu akan dihampakan dan dilukai."We hurt because we hope."
Kerana itu juga diantara nama lain bagi hari kiamat di dalam al-quran ialah "hari penyesalan". Apabila ditanya mengapa ia dinamakan hari penyesalan? Adakah orang-orang yang taat kepada Allah juga akan menyesal pada hari itu? Jawapannya ya! Semua orang menyesal.
Si pendosa dan kuffar menyesal dengan dosa dan kekufuran mereka. Manakala orang-orang beriman menyesal kerana tidak melakukan ketaatan lebih dari apa yang telah mereka lakukan.Lalu kesemuanya menyesal pada hari tersebut.
Sahabat rasulullah menangis apabila tidak datang ujian kepada mereka, manakala kita yang jauh dari rasulullah menangis disaat ujian bertamu. Mungkin ini bukti perbezaan keimanan kita dan keimanan mereka. Apalah yang hendak diharapkan kepada dunia.
Ya Allah, keluarkan kami dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,teguhkan diri dan keimanan kami,jangan Kau mati kami kecualilah kami di dalam iman dan islam,selamatkan kami dari siksaan api neraka, benarkan kami berbaris sebaris dengan mereka-mereka yang akan memenangkan agamaMu,dan berkatilah hidup kami dan orang-orang beriman disekeliling kami...
Apabila huruf enggan menjadi perkataan, apabila perkataan enggan menjadi ayat, apabila ayat enggan menjadi perenggan dan apabila perenggan enggan menjadi sempurna, aku menulis dengan nama Allah, yang menghidup dan mematikan ku..
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah
-AmirD'Perbatasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan