Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Bila agaknya masa untuk perubahan?

Memasuki zaman yang sudah bercampur antara islam dan kemungkaran, tidakkah kita terfikir bahawa inilah masanya untuk kita kembali kepada islam yang sebenar. Lihatlah betapa parahnya gejala maksiat didalam masyarakat.

Remaja islam sudah berani bermaksiat dan merakamnya untuk tontonan sedangkan mereka lupa, perbuatan maksiat samada yang mereka rakam ataupun tidak sentiasa dirakam oleh malaikat untuk diperlihatkan kembali kepada mereka diakhirat kelak.

Kita sudah bosan membilang angka bayi yang dibuang merata tempat.Kita bosan menggelengkan kepada setiap kali ada anak yang lahir tampa bapanya. Kita sudah penat mengetip bibir apabila jenayah dalam negara marak umpama api yang membakar dedaun yang kering. Tidakkah kita terfikir inilah akibat apabila melupakan penyelesaian yang Allah turunkan kepada manusia?

Sehinggalah sekarang saya masih tidak faham mengapa kerajaan yang sedia ada sekarang seolah-olah tiada terniat lansung untuk melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dalam al-Quran. Tolong berikan saya penjelasan. Tolonglah berikan kepada semua insan yang penat dan bosan tadi penjelasan.

Ada orang tersengih dan memerli "awak cuba bermain politik". Atau mungkin perlian mereka terlebih sinis "awak cuba menggunakan agama untuk politik". Silakan memerli. Teruskan tersengih dan selamat bertemu dimahkamah Allah yang Maha Adil. Untuk apa hidup megah didunia lalu apabila mati menjadi penghuni neraka Allah? Saya tidak memilih diam sebagai jalan untuk melarikan diri dari tanggunjawab sebagai seorang muslim.

Saya sedar,masih ramai yang mengimpikan untuk melihat islam itu tegak dibumi Malaysia yang tercinta ini. Tetapi impian tidak akan menatijahkan perubahan. Tampa usaha, kerja kuat, istiqamah dan doa yang berterusan kepada Allah, impian pasti tinggal impian.

Sekali lagi saya tegaskan, 60 tahun terlalu singkat untuk mengejar kebahagian...

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

-D'Perabatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan