Pengikut

Rabu, 18 Mei 2011

Diwaktu Perlu Memilih.

Salam sahabat Facebook dan Blog...

Entah di mana untuk Saya mulakan posting kali ini... ekeke. Cam best je bunyinya. Ahaks. Oklah...

Seringkali dalam hidup dan kehidupan kita akan berhadapan dengan
pilihan.

Pilihan yang menentukan sebuah kehidupan.
Pilihan antara hidup dengan mati. Hua hua hua.

Peritkan kalau itu pilihannya...
Pilihan antara ayah dan emak. Erm... rasanya biarlah dikemam terus. Tak mungkin ditelan atau diluah. Pahamkan???

Adakala... Dalam kehidupan kita merasa bosan apabila tidak diberikan pilihan. Hanya itu sahaja yang ada. Terima seadanya. Pasrah.

Adakala... Juga dalam kehidupan kita bertemu dengan pilihan yang terlalu banyak...Di beri A kita mencari B... diberi B kita mencari C.

Tak cukup dengan sebuah kedai kita menapak ke beberapa kedai... hanya kerana mencari
pilihan. Pelbagai pilihan, yang menjadikan kita rambang untuk memilih... Hingga kita buta untuk memilih. Kesemua cantik dan indah dipandangan mata...

Berbalik pada saat kita hanya dihadapkan dengan satu
pilihan tadi.
Tiada C mahupun D... yang ada hanyalah A dan B. Hidup dan mati... Syurga atau neraka???
Bagaimana kita memilih??? Tepatkah pilihan kita...


p/s:
Di saat ini tiada lagi dadu untuk dibaling!!! -D'Perbatasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan