Pengikut

Rabu, 14 September 2011

Buat maksiat tak malu, tak pakai ‘spender’, tau pulak malu?

Kalau dah lima tahun hidup bergelumang dengan dosa zina, bukan itu aje, siap rakam lagi dosa zina yang dilakukan. Seolah-olah depa ni rasa bangga dengan perbuatan maksiat yang dilakukan.

Harian Metro melaporkan kejadian berlaku di daerah Grik, Perak, bagaimana seorang wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun telah mengaku berzina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

Selepas tangkapan itu dibuat, wanita berkenaan merayu kepada pegawai pencegah maksiat sambil menangis supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar.

Kerana melihat wanita berkenaan dalam keadaan mengghairahkan, pegawai bertugas membenarkannya masuk untuk mengenakan semula seluar dalam yang tertinggal dalam bilik teman lelakinya.

Pandai pulak merayu nak pakai spender. Masa ‘seronok’ tak pulak ingat malu dan ingat dosa…tapi bila dah kena tangkap, reti pulak nak malu sebab tak pakai seluar dalam.

Beginilah hidup muda-mudi sekarang. Ini yang berjaya ditangkap, bagaimana pula yang masih lagi bergelumang dengan maksiat itu?

Alangkah dahsyatnya perlakuan muda-mudi negara kita sekarang ini. Mereka tidak lagi rasa gerun dan takut melakukan dosa. Seolah-olah apa yang dilakukan tiada apa-apa kesan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Apa erti ‘merdeka’ selama 54 tahun negara ini yang saban hari dilaungkan anak bangsa kita. Konon bangga kini negara sudah maju dan setanding dengan negara maju yang lain. Tapi terfikirkah kita, ke mana arah tujuan anak bangsa kita selepas ini.

Pelbagai gejala keruntuhan moral berlaku di sana-sini, buang anak seolah hidup zaman jahiliah, keruntuhan akhlak, gengsterisme, pembunuhan, rompakan, peras ugut, ragut dan sebagainya, bangga lagi kah kita dengan kemajuan yang sentiasa dijadikan umpan untuk raih sokongan oleh pihak tertentu?

Kita bukan anti kepada kemajuan tetapi anti dengan kemajuan membuta-tuli, maju hanya pada fizikal tetapi mental dan rohani hancur lebur. -WD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan