Dari sumber-sumber tertentu memberi tahu proses penjulan Angkasa Puri sedang dalam proses terakhir. Kawasan itu dijangka akan dimajukan untuk tujuan komersial.
Sehubungan itu pusat penyiaran milik kerajaan sepenuhnya itu akan dipindahkan ke Putrajaya. Sebuah bangunan berhampiran PICC – Pusat Peridangan Antarabangsa Putraja dikhaskan untuk pusat penyiaran itu. Selepas ini radio dan televisyen Malaysia akan beroperasi di Putrajaya.
Bangunan itu juga khabarnya akan menempatkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, di mana semua jabatan dan agensi kementerian itu akan ditempatkan di bangunan berkenaan.
Tidak diketahui secara jelas kenapa tanah Angkasapuri seluas 33 hektar itu dijual? Sehingga ini menteri bertanggungjawab masih belum membuat apa-apa ulasan berhubung penjualan Angkasapuri.
Penjualan tanah Angkasapuri itu akan menyaksikan satu lagi monumen sejarah dan mercu tanda negara ini akan hilang. Bangunan yang mempunyai sentimental value itu tidak akan kelihatan lagi dan secara tidak langsung penjualan itu menggambarkan RTM menghadapi kerugian.
Bangunan Angkasapuri mulai dibina pada tahun 1966 dan siap dua tahun kemudian. Pusat penyiaran itu diberi nama Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysua, Tunku Abdul Rahman. - MSO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan