Pengikut

Sabtu, 6 November 2010

Mana Misi Bantuan Kita? Kalau Kat Luar Negara, Cepat-Cepat Kita Hantar Bantuan..

Alhamdulilah, berkesempatan cuti Deepavali di kilang-kilang industri, bersama-sama dgn kwn-kwn daripada NGO Wargakilang.com sekali lagi kami diberi masa dan kelapangan untuk melakukan kerja-kerja amal di musim cuti ini.

Kali ini, secara kebetulan musim Banjir sedang melanda Utara Tanah Air khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Di bawah ini adalah sedikit catatan perjalanan kami hari ini untuk dikongsi sebagai manafaat bersama.

Asalnya kami plan nak pi area belah Padang Sanai & Padang Terap, tapi kami dimaklumkan kawasan itu ayaq dah agak surut. Lalu, perjalanan kami hari ini berakhir di kawasan sekitar Kg Titi Gajah, Kg Titi Besi dan Kg Simpang 3 Kepala Batas, Alor Setar.

Waktu kami exit tol terakhir yg masih berfungsi, penuh jem jln kat situ, ingatkan ada apa, rupa-rupanya mcm tu lah kat mana-mana kawasan yg agak tinggi di belah Alor Setaq ni, org ramai pakat park kereta depa kat tempat tinggi takut kena banjir.

Waktu lepas Tol tu sementara tunggu kwn pi tandas, waktu kami dok sembang sesama kami (4 buah kereta), bila tengok brg2 kami penuh muatan dan kami semua pakai baju sama kaler, dua org brader mai tegoq kami. Depa tanya kami ni pasukan bantuan ka? kami kata ya. Sorang tu cakap:

"Hah, kalau mcm tu kami pun mangsa jugak. Kalau abang nak tau, kami dua org ni dah lebih sehari dah duduk kat tol ni, tak boleh balik UUM"

Kami tak tau nak kata apa, cuma boleh huluq kat depa ayaq mineral dua tiga botol sebagai bekalan.

Rupa-rupanya itu hanyalah mukadimah, perjalanan kami seterusnya menyaksikan suasana huru hara mcm itulah, suasana haru biru, tenggelam punca, di mana merata org, mangsa-mangsa banjir ini terperangkap dlm dilema dan masalah masing-masing, dok harap ada org nak ambik tau, ada YB nak turun mai tengok, ada menteri nak mai jengok, ada org besaq nak mai tanya, tapi yang sebenarnya Org Ramai/YB/Menteri/Org Besaq dan Kita Semua ini tak tau apa pun masalah depa ini. Kita semua kalut dgn hal kita masing-masing.

Misalnya, ada satu masjid kami berenti, depa terputus bekalan ayaq, dok harap Syarikat AYAQ mai, Syarikat AYAQ tak nampak muka pun, depa habag kata depa masak nasik tengahari tadi tu pakai saki baki ayaq mineral yg depa ada. Depa kata takat tadi bekalan beras, makanan ok, cuma ayaq saja yg jadi masalah.

Lalu, apa yg mampu saya buat, saya SMS pi Radio Sinar, ada la depa siarkan rayuan saya minta tlg pakat-pakat bawa mai ayaq mineral tu tengahari tadi. Tak tau lah ada orang dengaq ka tidak.

Ada sekali tu pula kami terserempak dengan kereta UNSER satu family sangkut kat tengah-tengah ayaq banjir. Si Bapa tu dok tengok kami mcm harap kami berenti nak tolong. Saya pulak nak berenti tolong pun tak berani sebab ayaq agak dalam dan agak deras dan saya pula baru amatur, masih dok merangkak-rangkak lagi dok belajar bawa keta 4WD tu. Yg herannya tak nampak la pula pasukan bantuan khas ka apa-apa ka nak tarik kereta-kereta yg sangkut mcm tu. Kesian keluarga itu. Tak taulah apa nasib depa lepas tu.

Sepanjang jalan dari Kg Titi Gajah menghala ke arah Anak Bukit pula, kalau tak beratus pun mungkin berpuluh keluarga pakat dok tiduq dan masak kat khemah-khemah kecik di tepi-tepi jln atau kat tengah penghadang jalan (Divider). Ada yg pasang kain/plastik penghadang tiduq kat tempat tunggu bas, bawa pokok besaq dll. Suasana kelam kabut mcm dilanda perang, dok perati-perati tengok, sebijik mcm mangsa gempa di Indonesia or Tsunami di Acheh atau mangsa bencana alam di negara Dunia ke-3. Tak macam di Malaysia langsung!

Sorang kawan tanya:"Hish, awat la bila bencana jadi kat Negara Orang, cepat saja NGO kita pulun pi, kalau jadi kat negara sendiri, tak nampak batang hidung pun?"

Saya tak tau nak kata apa, mungkin depa dah mai kot, kami saja yg baru mai; tapi bila kami dok harung ayaq bah pi sampaikan bantuan di Kg Simpang 3 Kepala Batas tu, bila kami tanya, depa habag takat ni kami saja NGO Melayu yg depa nampak mai, sebelum ni ada satu NGO Cina Buddhist dari mana entah mai hulur bantuan.

Bukan nak ungkit apa, cumanya elok kalau pakat-pakat boleh turun pi tengok terutamanya anak-anak Kedah dari Penang/KL mana-mana nu.

Kesian mangsa banjir ni, depa berserabut segala makneka tapi tak tau nak ngadu kat sapa. Yg sebetulnya, kalau banjir mcm ni kat Tganu/Kelantan mungkin perkara biasa tapi di Kedah ni lain cerita; depa tak bersedia baik dari segi FIZIKAL mahupun dari segi MENTAL. Mcm kata Pak Ngah Rahim dari Hutan Kampung, dah 60 tahun lebih umur dia, belum pernah Banjir besaq dan seteruk mcm ni jadi kat situ. Itu yg jadi kelam kabut dan depa jadi tak tau nak buat apa tu.

Mungkin sebab tu kot, bila kami pi harung ayaq pi bagi bantuan kat depa, penduduk-penduduk di situ berterima kasih sungguh-sungguh, ada dua tiga org brader dan pakcik tu, saya tak rakam, kalau tidak boleh saya tunjuk - ada kot 3 empat kali waktu saya gostan kereta nak balik tu, depa dok mai kata TERIMA KASIH TERIMA KASIH tak berenti-renti. Maknanya depa amat-amat menghargai bantuan kami itu walaupun tidaklah seberapa.


Saya merasakan bukanlah barangan itu yg depa nak, tapi kunjungan kami itu terutama bila kami harung ayaq pi tengok rumah-rumah depa yg tenggelam sampai ke bumbung itu, dan juga bila kami pi sembang dgn budak2 muda yg dok berkubu kat atap rumah jaga takut taik pit mai angkut brg tu, bila kami spend masa sembang dgn depa tanya khabar dan dok buat lawak bodoh sembang bab banjir ini, depa rasa seronok, depa rasa at least ada juga org care, ada juga org ambik berat, tak kisahlah walaupun kami ini depa tak kenai, walaupun kami ni bukanlah YB/Menteri/Org Besaq, walaupun kami hanyalah pekerja kilang, tapi depa rasa gembira sebab sekurang-kurangnya ada juga org sudi mai tengok depa.


Ada dua tiga org brader tu beria-ria ajak kami masuk ke dalam rumah depa yg ditenggelami ayaq hampir paras tengkuk saya itu. Memang parah, musnah habis brg2 dlm tu. Kami dok plan kalau ada masa nanti bila ayaq dah benar-benar surut, kami nak pi lagi nak bawa pi kat depa kain baju terpakai, tikaq getah, sejadah, kain telekung, kain pelikat, kopiah dll yg mampu kami cari, kalau tak banyak skurang-kurangnya dpt menggantikan sedikit sebanyak brg2 depa yg musnah teruk dek banjir itu.

Buat masa ini depa masih bergelut dgn banjir besaq yg tak disangka-sangka ini, masih bergelut dengan segala kekurangan yg ada. On the way back, bila ada kwn SMS mai, tanya pasal perjalanan kami tadi, saya SMS balik, saya kata:

"Saya rasa semua org, kerajaan dan semua pihak not ready (tak bersedia) menghadapi banjir ini"

Ya, itulah kesimpulan saya drpd perjalanan kami membantu mangsa banjir hari ini. Kalau nak tulis luahan hati mangsa-mangsa banjir ini, sampai jem website pun tak cukup. Cumanya, selepas banjir surut nanti, semua pihak perlu duduk semeja, buat post mortem apa yg tak kena dengan sistem bantuan yg ada ini.

Sementara itu, selagi ayaq belum surut, mangsa-mangsa ini perlukan bantuan baik dari segi fizikal/bantuan kebendaan mahupun dari segi sokongan moral support daripada kita semua.



Ada masa kunjungilah depa.



-kedahlanie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan