Pengikut

Rabu, 14 September 2011

Apa hukum syarikat judi anjur rumah terbuka Aidilfitri?


(gambar banner di bandar Seremban dipetik dari blog anak muda Kampung)

Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum menganjurkan Majlis Hari Raya Idil Fitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa? Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?

Apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri dan membawa gelaran Haji?

Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?

Mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

Kalau boleh mengikut syarak syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selep
as ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen di Malaysia ini untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Di Rembau contohnya lebih dari sekali syarikat judi menganjurkan program penyampaian bantuan untuk fakir miskin sempena perayaan, jelas kehadiran 'pemuka-pemuka' Umno dalam program tersebut bagi sama mengagihkan sumbangan.

gambar antara majlis sumbangan yang taja oleh syarikat judi


Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang,
restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai.

Mungkin satu fakta yang kita tidak perasan dan ketahui. Hampir semua ruang perkhidmatan dan jualan dikenakan cukai pengguna. Kita pergi tonton wayang, kita pergi ke restoran, bil astro, bil telefon post paid semua kena cukai (GST atau VAT). Ini ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disebut dalam pembentangan buget. Adakah kerana kaitan rapat syarikat-syarikat judi ini dengan regim pemerintah.

Maka tak hairanlah jika ada yang mengaku parti Melayu perjuang Islam tetapi ketika DAP membantah judi sukan maka mereka bersungguh menyokongnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan