Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Berita Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Umum. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mei 2012

Pahang meluluskan hukuman buat MakNyah dan Pengkid melayu?

Golongan yang mengamalkan gaya kecelaruan jantina yang beragama Islam, akan berdepan tindakan tegas di negeri ini, apabila Dewan Undangan Negeri Pahang meluluskan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Pindaan) 2012.

Pindaan rang-rang undang itu dipersetujui sebulat suara selepas dibahaskan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shafri Abdul Aziz.

Dalam perbahasannya, beliau mengupas permasalahan dalam masyarakat masa kini iaitu lelaki yang gemar menyerupai dan berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Selasa, 22 Mei 2012

Ikuti kisah 4 artis ini mula bertudung

Cerita ada di bawah...

Berlian Ketua Wanita Umno Dicuri Amah?


Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad, 61, kerugian hampir RM50,000 apabila satu set barang kemas bertatah berlian milik anak perempuannya lesap bersama amah warga Indonesia semalam.Amah yang dikenali sebagai Lis itu disedari hilang pada pukul 3 petang sejurus Azizah sampai di rumah teres dua tingkat miliknya di SS7/4 di sini bersama anaknya, Zalilawati Osman, 33.Lis yang berusia 29 tahun berasal dari Surabaya.

Menceritakan kejadian itu, Azizah berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati amah yang baru 21 hari bekerja dengannya sudah tiada di rumah.

Khamis, 17 Mei 2012

Dr Asri kini bergelar Datuk

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SPMP ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor Yaakob.

Selasa, 15 Mei 2012

Artis melayu sanggup lakukan aksi gairah?

Nora Danish
Kecoh seketika dunia hiburan tanah air apabila aktres kecil molek, Nora Danish, sanggup beraksi ghairah untuk majalah Glam edisi Mei/Jun 2012.

Penampilan heroin drama Tentang Dhiya ini dikatakan terlalu berani sehingga mengejutkan peminatnya. Malah, gara-gara gambar seksinya itu, bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram ini dikritik teruk.

Namun sehingga kini Nora belum tampil memberikan penjelasan, sementelah lagi dia berada di Tanah Suci sepanjang isu ini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, selepas pulang ke tanah air, Sabtu lalu, Nora masih juga belum bersedia.

Ahad, 6 Mei 2012

Ustaz Azhar Menyantuni TGNA

Kemah Boh .. gini cara dan adab yang sepatutnya jadi tauladan pada orang lain. Walaupun Ustaz Azhar Idrus dah popular dan ada crowd sendiri, tapi rasa hormat pada Tuan Guru begitu menebal. Takbir.. Takbir.. Takbir..

Jumaat, 4 Mei 2012

Khalwat dengan rakan sekerja

Seorang lelaki yang dipercayai tidak pulang sejak tiga bulan lalu ditangkap khalwat bersama kekasihnya dalam serbuan di Taman Chempaka, di sini, awal pagi semalam.

Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.

Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.

Jenazah Bob Kuman selamat dikebumikan

Jenazah pelakon dan pelawak popular Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau dekat Seremban, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang semalam.


Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Khamis, 3 Mei 2012

Sah Artis Bob Kuman meninggal dunia

(Jenazah yang sedang disempurnakan - Gambar ehsan dari Mazidul Sidek)

Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Selasa, 1 Mei 2012

PM umum gaji minimum rendah dari tuntutan MTUC

Gambar hiasan ihsan daripada kartunis Zunar sempena Hari Pekerja

Hari Pekerja pada hari ini menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan gaji minimum RM1,200 meliputi sektor swasta.

Najib yang juga Presiden Umno berdalih Malaysia hanya akan melaksanakan gaji minimum RM900 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia manakala pekerja dari Sabah dan Sarawak lebih rendah, iaitu hanya RM800 sebulan.

Bas persiaran rempuh penghadang lebuh raya 3 maut

Tiga termasuk pemandu bas maut apabila kenderaan itu, yang dinaiki satu rombongan penduduk kampung untuk melawat tempat bersejarah di Melaka, berakhir tragedi dekat sini, awal pagi tadi.

Bas persiaran itu merempuh penghadang di KM 434.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Beruntung, Hulu Selangor kira-kira jam 1.50 pagi. Seramai 24 lagi penumpang cedera ringan.

Khamis, 12 April 2012

Berasmara di jirat Cina

Sepasang kekasih yang kemaruk bercinta sanggup memilih jirat Cina untuk melampiaskan nafsu kerana beranggapan kawasan itu adalah tempat paling selamat tanpa sebarang gangguan.

Malangnya, anggapan itu meleset apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyergah pasangan berusia awal 20-an tersebut serta diarahkan beredar ketika melakukan serbuan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini awal pagi semalam.

Tindakan yang sama turut diambil terhadap sepasang kekasih lain yang sedang leka melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang kawasan rekreasi tersebut.

Ahad, 8 April 2012

Plat WWW 1 termahal?

KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

Derita jadi abdi suami bangsa asing

Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.

Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.

Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.

Rabu, 4 April 2012

Lagu 'Bawaku Pergi" diharamkan

Penulis lirik dan rapper, Malique terkilan apabila menerima arahan agar lagu ciptaannya "Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka diharamkan dari ke udara di corong-corong radio dan juga di kaca televisyen. Pautan

Lagu tersebut diharamkan kerana terdapat bait lirik yang digambarkan seolah-olah seorang remaja perempuan mahu lari ke luar negara bersama teman lelakinya.

Malique yang nyata terkejut dan kecewa selepas menerima panggilan daripada Zizan, mengeluarkan kenyataan reaksinya terhadap isu tersebut.

Ahad, 1 April 2012

Pekerja Dobi Ditangkap Khalwat

Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup Pautanpenguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

Sabtu, 31 Mac 2012

Rakaman Ikan Paus baham lelaki di tepi pantai

Sesungguhnya, setiap yang hidup itu, telah pun ditetapkan oleh Allah S.W.T akan mati juga seperti yang telah tertulis dalam takdir Illahi.Namun, tiada siapa yang mengetahui bila, waktu dan saat kita semua akan mati kerana itu semua adalah rahsia dari Allah. Sebuah video yang menyayat hati, benar-benar meruntun perasaan sedih tatkala melihatkan insiden tragis yang menimpa ke atas seorang lelaki yang sedang bergembira di tepi pantai.

Lokasi dalam video itu tidak dapat dikenal pasti tetapi penulis yakin, kejadian itu berlaku di negara Arab.

Seorang pengunjung pantai kelihatan gembira untuk menikmati aktiviti riadahnya di tepi pantai.

Lagi Remaja lari ikut kekasih

JERANTUT – “Pulanglah Angah, nenek Saodah kini ­jatuh Pautansakit sejak pemergian dan menanti kepulangan mu,”.

Itu antara luahan Noorlilie Baharuddin, 31, dari Taman Bukit Permai Jerantut dekat sini, yang merayu anak saudaranya, Nur Aliah Baharuddin, 19, pulang ke pangkuan keluarga.

Noorlilie berkata, Nur Aliah atau dipanggil Angah dalam keluarganya, dipercayai dilarikan teman lelakinya pada malam 25 Mac lepas, kira-kira jam 11 malam, dari kediaman neneknya (Saodah) di Felda Jengka 1 Maran.

Jual tubuh melalui MMS

IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.

Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.