Malaysian Gay & Lesbian Club promosi 1Malaysia di luar negara
Sebuah kelab yang menggunakan nama "Malaysian Gay and Lesbian Club" melalui bukti beberapa keping gambar yang diperolehi dari website rasmi kelab tersebut dilihat mempromosikan Malaysia di luar negara melalui banner yang bertulis "discover Malaysia" [Malaysian Gay Club-San francisco].
Hal ini jelas sekali memberikan gambaran buruk dan mencalarkan imej Malaysia yang selama ini digembar gemburkan sebagai negara Islam oleh pemimpin negara.
Apakah pandangan masyarakat di luar negara apabila kelab songsang seperti ini mempromosikan Malaysia kepada dunia luar? Amat malang sekali, negara kecil seperti Malaysia yang hanya sebesar habuk di dalam peta dunia yang jelas sekali tidak dikenali, dipromosikan melalui kelab songsang seperti ini. Seolah-olah Malaysia ini memang sinonim dengan golongan gay dan lesbian.
Diharapkan pihak berkenaan dapat menyiasat mengambil tindakan yang sewajarnya kerana perkara ini melibatkan imej Malaysia sebagai negara yang memiliki majoriti umat Islam. Mahukah para pemimpin apabila negara Malaysia dilihat sebagai negara yang sinonim dengan Gay dan Lesbian?
Adakah perkara ini sememangnya strategi kerajaan untuk mempromosikan Malaysia di luar negara melalui golonagn songsang? Kementerian yang terlibat harus menjawab persoalan ini.
p/s: "Negara Islam dipromosikan oleh Gay dan Lesbian, hancur!"
Pengikut
Ahad, 20 Februari 2011
Kelab Gay Dan Lesbian Promosi 1Malaysia Di Luar Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan