Salam sahabat Sepejuangan...
Tak tahu nak dimulakan... namun hati mula merintih pabila... Pabila apa?
Pabila manusia Melayu hari ini tidak lagi sensitif pada yang hitam dan legam.
Alangkah untungnya andai mereka memandang yang hitam legam bernama rasuah itu seperti mereka memandang jijik dan jeleknya seekor babi mahupun anjing.
Malangnya doktrin jelek dan jijiknya mereka pada anjing dan babi tidak menyinggah pada jelek dan jijiknya mereka pada rasuah. Rasuah yang diberi amaran Oleh Allah ke neraka pemberi dan penerima!!!
Apa sangatlah bahayanya laungan dan salakan seekor anjing? berbanding yang hitam dan legam bernama rasuah!!! Walau sekuatmanapun salakan seeokor anjing tak mungkin meruntuhkan sebuah stadium bola sepak!!!
Tidak mungkin meretakkan sebuah bangunan hospital!!! Bahkan tak mungkin meranapkan sebuah makmal komputer!!! Tak mungkin...
Tetapi ranapnya terhasil dengan yang hitam legam ini. Bahkan jua yang hitam dan legam ini mungkin meranapkan sebuah tamadun manusia!!!
Aku... keliru dan keliru..?
Mengapa masih ada lagi manusia yang sanggup mengadaikan maruah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan