Jangan tidur lena wahai rakyat Malaysia. Gendang perang untuk menyerang BN telah dibunyikan. Semboyan perang telah ditiupkan. Semangat dan panji perang telah dinaikkan setinggi - tingginya. Apakah kita mahu terus diam dan melihat apa yang bakal terjadi?

Rakyat Malaysia di bandar, orang Melayu di bandar, tidakkah kita semua terasa tercabar dengan sifat kebinatangan Umno ini. Mereka sengaja mengalih perhatian kita dengan isu Ketuanan Melayu agar kita lupa akan sifat ketamakan mereka merompak wang rakyat. Kita dibebalkan dengan isu Ketuanan Melayu walaupun sekarang ini kita sedang terhimpit dengan harga kenaikkan barang yang melampau. Kita dibengapkan dengan Ketuanan Melayu walaupun yang merampas kuasa raja - raja Melayu pada tahun 1993 adalah Umno!!
uluhan ribu telah bersiap - sedia. Menyelamatkan Malaysia adalah misi utama mereka. Mahukah kita terus diam? Tidak! Gunakan facebook, twitter, blog dan apa saja ruang untuk menggempur kebiadapan BN. Jangan bagi ruang mereka bernafas. Sudah lama kita berdiam diri. Bangunlah. Seranglah Umno habis - habisan. Masanya sudah tiba!!
SELAMATKAN MALAYSIA!!
- From Vehicles to Life
Tiada ulasan:
Catat Ulasan