Pengikut

Selasa, 1 Mei 2012

PM umum gaji minimum rendah dari tuntutan MTUC

Gambar hiasan ihsan daripada kartunis Zunar sempena Hari Pekerja

Hari Pekerja pada hari ini menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan gaji minimum RM1,200 meliputi sektor swasta.

Najib yang juga Presiden Umno berdalih Malaysia hanya akan melaksanakan gaji minimum RM900 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia manakala pekerja dari Sabah dan Sarawak lebih rendah, iaitu hanya RM800 sebulan.


Beliau menolak hasrat MTUC atas alasan kenaikan gaji rakyat bakal menjejaskan ekonomi negara.

"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok), kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing.

"Perbezaan gaji antara dua wilayah (Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak) ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya di Bernama.

Pun begitu, Najib berkata kerajaan pusat mengakui tuntutan gaji minimum antara RM1,200 hingga RM1,500 sebagaimana yang diperjuangan oleh MTUC sejak lebih 30 tahun lepas adalah wajar.

Perlaksanaan gaji minimum baru dikuatkuasa enam bulan selepas enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan, hari ini.

Pun begitu, pengecualian penguatkuasaan tidak meliputi firma profesional seperti firma guaman, firma arkitek, firma juru runding dan sebagainya.

Najib mengumumkan syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sempena menyambut Hari Pekerja hari ini. - PenangInsight

Tiada ulasan:

Catat Ulasan