Pengikut

Jumaat, 27 April 2012

Seruan terakhir untuk PM benarkan Bersih 3.0

Sekumpulan ahli akademik dan aktivis hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan kuasa budi bicaranya untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diteruskan tanpa gangguan.

"Kami tahu agensi-agensi ini (polis dan DBKL) sama ada di bawah kawalan langsung atau pengaruh kerajaan anda," kata kumpulan itu dalam kenyataan hari ini.

Mereka berhujah, perdana menteri dengan mudah dapat mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan laluan kepada BERSIH berhimpun secara aman yang didakwanya melambangkan kehendak rakyat.

Katanya mereka, ia selari dengan agenda reformasi dan tranformasi yang menjadi ikrar Najib.

"Jika kamu percaya pada demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil, ia masanya untuk membuktikan.

"Benarkan bersih diteruskan dengan aman."

Sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan