Pengikut

Jumaat, 27 April 2012

Bersih 3.0: Lokasi Awal Sebelum Ke Dataran Merdeka

Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 memaklumkan enam lokasi awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka, 28 April ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah berkata enam lokasi tersebut terdiri daripada Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan dan Masjid India.

Keenam-enam lokasi itu, katanya merupakan lokasi awal sebelum para peserta berkumpul di Dataran Merdeka pada himpunan Duduk Bantah itu.


Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, hari ini.

Maria menambah, perancangan awal jawatankuasa itu menetapkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Duduk Bantah, dan tidak akan menukar lokasinya walaupun dihalang pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, DBKL berkali-kali mengeluarkan kenyataan melarang dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar larangan tersebut.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily mendapati DBKL mula menutup persekitaran Dataran Merdeka dengan meletakkan pagar besi dan penghadang, pada jam empat pagi tadi.



Sumber - HarakahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan