Pemimpin-pemimpin berkenaan menjelaskan, watak Najib sengaja dibesar-besarkan serbagai penyelamat negara membuktikan Najib sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan.
“Ini menunjukkan BN semakin terdesak.
“Dalam erti kata lain, ini adalah berita baik kerana kami mempunyai impak yag besar, dan sekarang, mereka semakin terdesak, kata Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.
“Mereka tidak perlu melakukan semua ini kerana pada mulanya mereka yakin akan menang,” katanya lagi.
The Malaysian Insider telah melaporkan Jumaat lalu terdapatnya buku komik BN yang diedarkan kepada guru-guru di sekolah sejak beberapa minggu lalu memandangkan pilihan raya ke-13 swmakin hampir, yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran.
Komi 50 muka surat berwarna itu menunjukkan karikatur pemimpin negara itu diberikan pujian sebagai watak positif.
Sebaliknya, Najib digambarkan sebagai adiwira, merujuk kepada “Superman”, musuhnya, digambarkan dalam keadaan sebaliknya.
Pada muka surat 31, digambarkan seorang lelalki sedang memeluk dua lelaki separuh bogel yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khalid hanya ketawa apabila komikitu ditunjukkan kepadanya dan yakin siapa yang membaca komik itu juga akan melakukan perkara sama.
Menurutnya, rakyat Malaysia sudah matang untuk menilai “superhero Najib”, menambah buku itu mengejek individu yang sepatutnya menjadi pemimpin no satu negara.
“Ia terlalu ekstrem, ... warnakan mereka dengan lebih menarik. Karut dan memalukan untuk seorang perdana menteri ... Najib sebagai Superman, hanya akan membuatkan orang ramai ketawa,” katanya.
Ahli Parlimen DP Tony Pua bersependapat bahawa komik itu keterlaluan, dan menegaskan kerajaan sengaja “meracuni” minda guru dengan “watak karton” itu atas dasar terdesak.
“Ia menunjukkan BN akan tewas pilihan raya akan datang - termasuklah penyebaran fitnah, penipuan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Saya rasa ia tindakan tidak bertanggungjawab kementerian mengedarkan komik berunsur politik kepada guru,” tambahnya.
Pua bagaimanapun berkata komik berkenaan mungkin mendatangkan kesan negatif kepada guru, yang mana minda mereka menurutnya diracun dengan menunjukkan pemimpin PR adalah individu yang tidak baik.
“Apa yang lebih penting, ia akan mengganggu tumpuan mereka daripada tanggungjawan utama untuk mengajar dan mendidik minda pelajar,” katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendesak pihak polis menyiasat perkara itu, menegaskan tindakan itu adalah keterlaluan dan “taktik kotor” untuk memburukkan nama pembangkang kepada guru.
“Ini menunjukkan taktik kotor Umno tiada hadnya seperti dilakukan TPM (timbalan perdana menteri) yang merupakan menteri pelajaran, termasuk juga PM.
“Malah, PM harus menghalang menteri pelajaran sekiranya beliau berniat untuk menghalang taktik kkotor itu disebarkan untuk memburukkan integriti sekolah dan mempengaruhi minda remaja,” katanya.
Mandat untuk BN memerintah akan tamat pada suku pertama tahun depan dan terdapatnya spekulasi pilihan raya umum akan dijalankan lebih awal, berkemungkinan beberapa bulan lagi.
Guru-guru yang merupakan populasi besar kakitangan awam, kebanyakannya adalah sasaran undi untuk BN.
Tidak semua sekolah menerima komik tersebut. Sesetengah guru kanan yang telah di hubungi The Malaysian Insider tidak mengendahkan perkara itu.
Kementerian Pelajaran masih lagi gagal dihubungi untuk mengesahkan perkara itu.
Sumber - The Malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan