Pengikut

Isnin, 2 April 2012

Mampukah denda RM25 gerunkan penari tiang? Gaji RM 250 sejam?

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu tiga wanita 'penari tiang' yang hanya didenda RM25.

Jamil Khir ketika mengulas perkara itu berkata bahawa, pesalah kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman saja, tetapi juga pada keperluan kaunseling terhadap mereka.

Beliau juga turut berkata "Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini".

Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pesoalan pokok yang perlu Jamil Khir jawab adakah denda RM25 itu mampu menggerunkan mereka dari mengulangi perbuatan itu atau memberi pengajaran kepada orang lain.

"Hukuman yang setimpal juga adalah sebagai kaunseling terbaik kepada semua pihak, sama ada pesalah dan masyarakat.

"Apakah pengajaran yang boleh diambil dengan hanya denda RM25 sahaja seorang? Mampukah denda RM25 memperi peringatan keras kepada individu lain daripada menceburi bidang yang haram ini," soalnya.

Dalam hal ini katanya, Datuk Seri Jamil Khir perlu ingat bahawa gejala sosial dalam masyarakat di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan.
Lebih malang ujarnya apabila yang terlibat dalam industri seks sebagai penari lucah di kelab malam ini adalah gadis Melayu beragama Islam.

"Ternyata Datuk Seri Jamil Khir gagal menjaga agama Islam dan umatnya di negara ini.

"Beliau menganggap kesalahan itu sebagai remeh dan hukumannya setimpal sedangkan umat Islam menganggap kesalahan mereka amat besar," kata Riduan.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac lalu.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari.

Hukuman itu bagaimanapun dipertikai masyarakat kerana merasakan denda RM25 itu terlalu kecil berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

Malah ada yang mendakwa ianya jauh beza dengan pendapatan lumayan penari tiang tersebut dan denda RM25 bukan satu pengajaran kepada mereka.

-RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan