Pengikut

Sabtu, 8 Ogos 2009

Demonstrasi Budaya Anwar Jawapan kepada Mahathir

Ini jawapan saya kepada Artikel Mahathir bertajuk "Budaya Anwar" [links]

1. Mahathir menulis " Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan."

Jawapan saya : Bukankah demonstarsi yang dilakukan itu dilakukan selepas segala cara seperti memohon berjumpa, menulis surat dan lain lain telah dilakukan.


Demo bersih dilakukan setelah berbagai usaha untuk berunding dengan SPR tidak dilayan dan ini dibuktikan dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada PRU 12 lalu...

Demo PPSMI dilakukan setelah 6 tahun PPSMI berjalan dimana selama 6 tahun itu pejuang pejuang bahasa melakukan segala usaha... berjumpa menteri, PM, membuat kajian, dan berbagai lagi

Demo ISA... sudah berapa lama ISA dilaksanakan di negara ini.. GMI pernah memohon berjumpa PM, menteri dalam negeri dan lain lain lagi untuk membebaskan atau membicarakan tahanan ISA, tetapi ianya ibarat mencurah air diatas daun keladi... jadi Demonstrasi adalah jawabnya

2. Mahathir mengatakan peniaga menjadi mangsa.... kerana terpaksa tutup kedai atau tidak dapat menjual barangan...

tetapi tahukan Tun Mahathir bahawa dengan adanya demo yang dihadiri ribuan manusia, terdapat keperluan untuk bekalan minuman dan makanan dan dimanakah mereka ini memperolihinya... tidak lain tidak bukan dari peniaga dan penjaja inilah... itu tidak termasuk dengan kedatangan mereka dari luar lembah Kelang ke KL untuk menyertai demo itu.. sudah tentu ramai dari mereka membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang buat anak isteri atau kegunaan sendiri... dimanakah mereka ini membeli??? dari kedai kedai di kawasan itu...

yang membuat mereka rugi adalah tindakan polis menembak gas pemedih mata dan air asid water cannon, yang mencetuskan suasa kecoh... apa akan jadi kalau polis membenarkan perarakan itu secara terkawal dan mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan berhimpun??? tiada apa apa yang terjadi.. peniaga akan memperolihi keuntungan berganda.... malah kalau peniaga rugi pun adalah disebabkan mereka tidak berniaga pada hari itu kerana menyertai demo...

3. mengenai pelabur asing tidak melabor kerana takut Demo...

Apakah yang menyebabkan pelabor asing melabor di Malaysia... ??? kalau kerana kos buruh murah, baik mereka melabor di negara komunis seperti China dan Vietnam... dimana negara ini mengamalkan pemerintahan kuku besi komunis...

jadi salah satu faktor mereka melabor adalah kerana demokrasi di negara ini... terutamanya dari syarikat syarikat eropah dan US... Jadi demonstrasi aman adalah salah satu saluran yang menunjukkan sesuatu negara itu mengamalkan demokrasi...

yang mereka takut adalah tindakan pihak berkuasa yang keras yang menafikan hak rakyat berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan... Pelabor takut kerana mereka beranggapan jika kerajaan boleh melakukan begitu kepada rakyat sendiri, apa jaminan kerajaan ini tidak boleh melakukan kepada mereka pelabor asing???

Korea dan Taiwan dimana ramai pelabor asing datang pun.. demonstrasi aman telah menjadi satu budaya di negara ini... dan pelabor asing dari negara lain pun melabor di Korea dan Taiwan... malah saya perhatikan, cara demonstrasi di Malaysia sedikit sebanyak meniru cara Korea dan Taiwan ini... Korea dan Taiwan sudah jauh meninggalkan Malaysia dari segi pembangunan kan kemajuan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan