Jika kita melaksanakan tanggungjawab dengan tidak berlandaskan moral akhirnya akan disebut oleh rakyat juga. Apa pun yang kita lakukan, kita wajar melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan bermoral. Jika kerajaan selalu mengungkit-ngungkit apa yang dibekalkan kepada rakyat serta mengumpat rakyat kononnya tidak berterima kasih setelah mereka dibekalkan denga jalanraya bertar, api, air gigi palsu percuma rakyat juga akan mengungkit tindakan salah kita.
Apabila tindakan itu memberikan keuntungan besar peniaga dengan keterlaluan yang berlipat kali ganda ‘on the expense of the rakyat’, ianya akan menjadi isu yang panas dan boleh sahaja menukar persepsi ramai terhadap kepimpinan walaupun beliau telah bersara dengan gelaran ‘negarawan’ dan segala pujian dan sanjungan rakyat.
Bak kata perbilangan, ‘bangkai gajah masakan boleh ditutupi dengan nyiru’. Dalam isu pembekalan kuasa tenaga oleh IPP ini sebenarnya sudah lama diketahui oleh sebilangan rakyat. ‘Bangkai Gajah’ ini telah ramai yang nampak tetapi mungkin baunya belum di hidu oleh ramai orang. Sekarang semua orang telah terhidu busuknya maka cerita lama kembali muncul di depan mata rakyat yang sedang merasakan keperitan kerana tindakan kita memihak kepada peniaga ‘lintah darat’ yang menggunakan pemimpin agong yang mahu pula dipergunakan oleh ‘lintah darat’ yang menghisap darah rakyat selama ini.
Segala kesalahan lampau seperti isu TNB membeli kuasa dari IPP secara ‘paksa’ oleh pihak EPU kembali menjadi isu hangat. Saya secara peribadi telah menulis dan mengkritik tindakan ‘zalim’ pihak EPU yang secara ‘remote’ dari pemimpin sokongan rakyat untuk mempastikan TNB membeli kuasa tenaga dari syarikat IPP yang menjadi kawan rapat Perdana Menteri semasa itu.
Jabatan Economic Planning Unit (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memaksa TNB untuk menerima sahaja kandungan penting di dalam PPA (Power Purchase Agreement) di antara TNB dan syarikat IPP yang dimasudkan ini (YTL). TNB telah dipaksa membeli tanaga dari YTL Power dengan harga .23 sen per kWh dari syarikat ini dengan jumlah yang ditentukan tidak kira samada jumlah itu digunakan atau pun tdak. TNB juga dipaksa untuk membelinya selama waktu yang ditentukan dan ini tidak dapat dikategorikan sebagai peniagaan atau rompakan kolar putih yang tidak ada tolok banding dahsyatnya.
Di waktu yang sama ketika itu ada pihak lain yang mampu membekalkan Tenaga dengan .12 sen bagi 1kWh tetapi EPU tetap memaksa TNB untuk membeli .23 sen per kWh dari syarikat ‘istimewa’ yang rapat dengan pucuk pimpinan. Inilah yang menjadikan Tan Sri Ani Arope, pengerusi TNB tatkala itu terpaksa berpecah arang dengan pucuk pimpinan kerana beliau menentang cara EPU memaksa TNB menerima sahaja tekanan dari EPU yang digunakan oleh seorang pemimpin itu untuk melakukan niat yang berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa itu.
Dalam lain perkataan syarikat IPP yang istimewa ini menjadi agen untuk mengaut keuntungan yang tidak berpatutan dengan membelanjakan wang rakyat yang pembayar cukai kepada kerajaan yang di amanahkan. Ini adalah tindakan tidak bermoral dan hina di sisi masyarakat dan perkara ini akhirnya mula disebut kembali oleh orang ramai di mana-mana.
Ramai juga telah menghantar e-mail kepada saya yang menyatakan sokongan mereka terhadap Khairy Jamaludin yang telah menegur dan meminta supaya perjanjian di antara IPP yang istimewa itu dengan TNB diberikan pengetahuan kepada rakyat. Mereka beranggapan Khairy telah melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sebagai pemimpin yang mewakili rakyat yang sedang memerlukan pembelaan. Isu ini adalah isu yang berkaitan dengan orang ramai dan mereka berharap Khairy akan terus merasakan apa yang rakyat ramai ini merasakan.
Saranan Khairy ini telah disambut oleh Peter Chin, Menteri yang bertanggungjawab terhadap tenaga kuasa ini dengan menyatakan yang perjanjian itu adalah perjanjian di antara dua badan bukan kerajaan dan ‘private agreement’. Soi Lek pula seolah-olah bersetuju dengan Khairy tetapi agak keberatan untuk mengaku dan terus sahaja beliau meminta supaya dikaji kembali perjanjian itu apabila sampai tempohnya.
Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Bagi orang ramai mereka ingin tahu perjanjian itu tidak ‘lopsided’ yang hanya membiarkan peniaga korporat yang istimewa ini seolah-olah mengaut wang rakyat melalui TNB dan TNB disebaliknya meletakan tanggungjawab membayar balik segala wang yang diberikan kepada syarikat IPP itu kepada rakyat seperti kita ini.
Jika kita sibuk hendak membuka dan menghebahkan kegiatan seks seorang pemimpin pembangkang kenapa pula kita tidak boleh mendesak pihak yang berkuasa untuk membuka segala perjanjian di antara IPP dengan TNB itu untuk pengetahuan rakyat? Kenapa dalam kes ini Peter Chin memberi alasan yang perjanjian itu sebagai barang rahsia.
Pandangan Ketua Pemuda itu seharusnya mendapat perhatian kerana pandangan beliau itu adalah bersama pandangan rakyat yang beliau adalah salah seorang jemaah pimpinan yang sepatutnya menyebelahi rakyat dalam isu ini.
Saya cadangkan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum khas tentang isu YTL dengan TNB ini dan dipanggil kembali Tan Sri Ani Arope untuk menjadi panel kepada forum tersebut. Perkara ini harus dibongkar dan diselongkar. Kita mahukan kepastian tentang permainan pimpinan politik yang menggunakan perlaksana untuk kepentingan peribadi setengah pihak sahaja.
Kalau kita sibuk dengan usaha membongkar kegiatan seks pemimpin pembangkang kita juga mesti berusaha untuk membongkar segala cerita di sebalik isu YTL dan TNB ini. Saya telah banyak diberikan cerita-cerita yang menyakitkan hati dan telinga rakyat mendengarnya yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Asalkan sahaja matlamat dan tujuan kita itu untuk menyebelahi kepentingan rakyat, ayuh kita lakukan pembongkaran-pembongkaran ini satu persatu.
Isu-isu ini tidak kurang hinanya।
-Aspan Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan