Pengikut

Sabtu, 11 Februari 2012

Umno sudah menyimpang jauh - Kadir Sheikh Fadzir

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir membidas pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin, ekoran kritikannya terhadap parti itu.

“Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti (Umno), cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh,” katanya ketika mengadakan sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Januari lalu memaklumkan, Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat beliau.

Harakahdaily melaporkan tindakan itu diambil berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif seperti TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv.

“Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

“Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin,” katanya, lapor Malaysiakini.

Kadir juga berkata, Jawatankuasa Displin Umno “tidak perlu bersusah payah” menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman “penuh dan tidak diedit” kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN masuk ke kampung untuk membeli undi pada pilihan raya.

Beliau juga mendakwa kerajaan BN gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya, sedangkan BN mentadbir negara ini sejak 50 tahun lalu.

Ia katanya, termasuk kegagalan menyediakan kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.- KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan