Pengikut

Selasa, 1 November 2011

Mengenai Kenyataan Palsu Dan Berunsur Fitnah Oleh Menteri Belia dan Sukan di Parlimen Pada 31hb Oktober 2011

Saya mengecam kenyataan palsu dan berunsur fitnah oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek di Parlimen bahawa Kerajaan Negeri Selangor terlibat dalam kemasukkan seorang warganegara Israel ke Malaysia untuk perfileman siri televisyen realiti antarabangsa, “The Challenger Muay Thai.”

Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain. Sebagai seorgan menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan.

Selangor telah berjaya menarik siri televisyen bercorak realiti tersebut untuk difilemkan di negeri Selangor. Penerbit siri tersebut merupakan pihak yang mengeluarkan program-program televisyen lain yang telah memenangi anugerah seperti “The Contender,” “The Biggest Loser Asia” dan “The Apartment.”

Walau bagaimanapun, Selangor langusung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut. Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia. Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas. Demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia tidak patut mewujudkan sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel. Hubungan dengan Israel hanya boleh dipertimbangkan kalau dan apabila ia mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin dan menghentikan tindakan ganas terhadap negara-negara jiran.

Ini merupakan kali kedua tahun ini Menteri Belia dan Sukan telah membenarkan warganegara Israel memasuki Malaysia dengan pas masuk khas. Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada warganegara Israel sehingga negara Israel mengiktiraf kenegaraan Palestin. - AI

YB Elizabeth Wong
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan