Pengikut

Sabtu, 13 Ogos 2011

DAP berjaya hapuskan azan dan Umno berjaya Roboh Masjid?

PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan satu laporan akhbar yang dipetik dari portal rasmi Berita Harian Online, berhubung isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. JHEAIPP rujuk sini [JHEAIPP].

Awal-awal lagi ReJaM© sudah menjangkakan bahawa isu ini akan dipolitikkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno demi meraih sokongan Melayu No Otak menjelang Pilihanraya Umum tidak lama lagi.

Ternyata jangkaan ReJaM© tepat, salah seorang blogger terkenal gerombolan songkok tinggi (United Malays No Otak) memutar belitkan isu ini dengan mendakwa DAP berjaya menghapuskan azan dan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.

Gambar dan sumber berita yang dipetik dari Berita Harian, diputar belitkan untuk memperbodohkan orang ramai. Ini bukan tahap putar belit lagi ni, ini sudah sampai tahap fitnah! Tahniah, kerana membuat fitnah di siang hari dalam bulan Ramadhan. -MiloSuam

Umno berjaya roboh masjid dan surau.

Antara surau yang pernah dirobohkan ialah Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau Kampung Berembang, penutupan Surau Al-Ikhwan di Puchong Perdana selain Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas dan meroboh Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas; Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Masjid Al Munawwarah Shah Alam, Surau Ar Rasyidin Gombak dan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya..

Selain itu, pada 17 April 2006, Surau Seksyen Dua, Taman Bandara Puteri Jaya (Sungai Petani) yang masih dalam pembinaan dirobohkan.

Pada 26 Mei 2005, Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal dirobohkan.

Semua surau dan masjid yang diroboh ini adalah surau dan masjid yang sebelum ini aktif menjalankan program keagamaan. -DP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan