Pengikut

Khamis, 6 Oktober 2011

Jangan TERPERANGKAP!

Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan jerangkap yang cuba dipasang oleh UMNO disebalik isu hudud yang merupakan salah satu unsur dalam pembentukan sebuah Negara Islam. Kata Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Menurutmya, isu yang sama juga telah dimainkan pada pilihan raya 2004 lalu akhirnya melihatkan pembentukan Barisan Alternatif tidak dapat dipertahankan.

''Kita jangan berpecah dengan isu yang sama. Pilihan raya 2004 Barisan Alternatif berpecah sebab BN guna main isu negara Islam. Adakah (mahu) kita terperangkap (lagi) ?'' soalnya.

Beliau menambah lagi dengan turut mempersoalkan kesungguhan UMNO untuk melaksanakannya sedangkan banyak kenyataan pemimpinnya berdolak dalik setelah sekutu rapatnya MCA mengancam ingin keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN).

''Adakah BN nak buat negara Islam? '' soalnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengancam untuk keluar BN jika UMNO berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Hi Tea bersama Che'gu Bard, di Restoran Abdul Razak, Pekan Sanglang, Benut, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, DAP yang sebelum ini terkenal sebagai penentang utama kepada pelaksanaan negara Islam kini sudah boleh menerimanya kerana berdampingan dengan PAS.

Sehubungan itu, ujarnya perundangan Islam didapati mempunyai hubungan rapat dengan Allah dan manusia akhirnya DAP melihat tiada sebarang masalah untuk mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam.

''DAP keras. Tapi bila berkawan dengan PAS, (bila) nampak Islam lembut. Ada hubungan dengan Allah dan manusia. Akhirnya dia (DAP) tak ada masalah mempertahankan Malaysia sebagai negara Islam. Ada Gerakan dan MCA sebut? (justeru) jangan terperangkap.'' terangnya lagi.

Sementara itu, beliau menambah lagi dengan menceritakan pengalaman Turki dibawah Erdogan telah berdepan dengan pelbagai tuduhan namun bila membawa pendekatan yang bijaksana maka keadaan di negara tersebut berubah.

Justeru, pengajaran disebalik kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) sebagai sebuah gerakan Islam di Turki itu menurutnya, tumpuan ke arah kemenangan haruslah menjadi keutamaan daripada membincangkan hal-hal yang boleh membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

''Tengok di Turki. Erdogan dituduh 'syaitan'. Azanpun tak boleh guna bahasa Arab. Sekular (begitu tebal). Akhirnya bila menggunakan pendekatan yang bijaksana, keadaan di sana berubah. Yang penting tumbangkan BN dulu'' tegasnya lagi.

Oleh yang demikian, beliau mengingatkan bahawa UMNO akan selama-lamanya mempermainkan isu lapok sebegini bagi meraih kembali sokongan masyarakat kepada parti itu.

''Pilihan raya dah dekat. Dia (UMNO) akan balik (mainkan) isu lama seperti agama dan perkauman.'' ujarnya lagi.

Kira-kira 60 jemputan termasuk daripada kalangan masyarakat Cina mendengar sesi penerangan beliau semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua PAS Pontian, Hj. Raden Sarobo Pono, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut, Ustaz Atan Gombang. -RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan