Kerajaan Umno-BN dikatakan semakin lemas ekoran rakyat terus berkeras mahu menghadiri Himpunan Aman BERSIH 2.0, pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Selain difatwakan Himpunan Aman Bersih itu sebagai kononnya haram, sebaliknya Umno, Perkasa dan puluhan NGO lain pula terus membuat ancaman untuk menganjurkan himpunan haram masing-masing. Terbaru dalam kejadian di Pulau Pinang hari ini, Umno mendahului Himpunan Aman Bersih 2.0 dengan mengadakan himpunan haram di perkarangan Komtar.
Selain difatwakan Himpunan Aman Bersih itu sebagai kononnya haram, sebaliknya Umno, Perkasa dan puluhan NGO lain pula terus membuat ancaman untuk menganjurkan himpunan haram masing-masing. Terbaru dalam kejadian di Pulau Pinang hari ini, Umno mendahului Himpunan Aman Bersih 2.0 dengan mengadakan himpunan haram di perkarangan Komtar.
Umno cuba mengalihkan tumpuan gagasan utama BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya nan adil dan bersih. Semalam berlaku penampalan poster menghina Ketua Menteri Lim GuangEng sekitar bangunan Komtar, manakala tengah hari ini gerombolan sekitar 200 orang semut merah yang difahamkan kalangan pemuda Umno Pulau Pinang menjerit dan melaung kalimah Allah di jalanan menuntut keadilan dari Ketua Menteri.
Dengan memakai lilitan kepala berwarna merah, kumpulan ini tidak lagi melaungkan HIDUP Melayu tetapi sebaliknya mengambil natijah daripada laungan takbir Allah Akhbar yang memang sinonim dengan PAS, yang mendasarkan perjuangan pada Islam.
Kumpulan ini sebenarnya cuba mengalih tumpuan natijah sebenar BERSIH dengan mengutuk Lim Guan Eng kononnya pro komunis dan mengalakkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan. Wal hal semakin menghampiri Himpunan Aman Bersih semakin bercelaru dan kartun tindakan kalangan Umno dan konco-konconya.
Selain itu, Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang Datuk Ahmad Said pula membuat ancaman untuk menghalang lalulintas di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini, sehari sebelum Himpunan Aman Bersih. Semua ini lakonan lagak ngeri kononnya rakyat akan mengikut jejak Perkasa yang semakin kehilangan arah dan tumpuan ini.
Adalah dianggarkan satu jumlah kerugian besar kelak bakal ditanggung pengurusan Jambatan Pulau Pinang (melalui kutipan tolnya) jika hal ini dihalalkan pihak berkuasa, sedangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional mempersoalkan Himpunan Aman Bersih 2.0 sebagai akan menjejaskan dan merugikan peniaga. Cakap tak serupa bikin jadinya, umpama Karam Singh Walia mempertahankan pembinaan lojir nuklear Lynas di Pahang sebagai selamat, tidak sepadan dengan pandangan rakyat konon beliau (Karam Singh) adalah seorang pejuang alam sekitar. Perghhhh.
Kini usaha terbaru, sedang dsalam kerangka kepala Kerajaan Umno-BN. Melancarkan kempen habis-habisan melalui Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan melabelkan Himpunan Aman Bersih itu sebagai sesuatu yang haram.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, seminar itu bertujuan “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta peruntukan lain yang relevan.”
Malaysiakini melaporkan bahawa beberapa editor yang tidak mahu identiti didedahkan mengatakan bahawa mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Laporan-laporan dan rakaman visual kekerasan oleh polis ke atas rakyat yang bakal terbabit juga dilarang dirakam dan disiarkan sama sekali.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang merimaskan rakyat.
-PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan