Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat terutama Cina dan India mengenang jasa Barisan Nasional yang didakwanya bersikap terbuka sehingga tertubuhnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini.
Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri turut menasihati mereka supaya "jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi" dengan apa yang dinikmati, dibawa oleh kerajaan pusat yang diteraju Umno sejak merdeka.
Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri turut menasihati mereka supaya "jangan buta sejarah dan jangan tak kenang budi" dengan apa yang dinikmati, dibawa oleh kerajaan pusat yang diteraju Umno sejak merdeka.
"Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini.
"Kalau pemimpin Perikatan (Barisan Nasional) dulu tak buat keputusan ini takkan ada sekolah Cina hari ini. Jangan jadi bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi.
"Kerajaan mengekalkan sekolah-sekolah yang patuh (mengikut) kurikulum sekolah kebangsaan atau sekolah persendirian Cina yang masih wujud hingga sekarang.
"Tiada negara lain di dunia yang amalkan sikap terbuka seperti ini," ujarnya pagi semalam, dipetik dari Bernama.
Penangdaily difahamkan, nasihat terbuka itu disuarakan ekoran kebimbangan dengan penyertaan luar biasa daripada Melayu dan bukan Melayu dalam Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas.
Bersih 1.0 pada November 2007 hanya disertai Melayu sahaja dan kurang membimbangkan Barisan Nasional berbanding perkembangan terbaru Bersih 2.0.
Beliau selaku Pengerusi BN merangkap Presiden Umno turut mempertahankan pentadbiran pusat kononnya melaksanakan demokrasi walaupun beberapa undang-undang 'tahanan tanpa bicara' seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) masih digunakan secara semberono sehingga sekarang.
"Dia buta sejarah kerana (demokrasi) dah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Kita mahu baiki sistem demokrasi kita tetapi jangan sampai menafikan tak wujud demokrasi di negara kita," katanya. -PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan