Pengikut

Jumaat, 29 Julai 2011

ADUN Penaga elok kosongkan premis jangan berdolakdalik

Datuk Azhar Ibrahim hendaklah mematuhi arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan tidak berdolak dalik lagi kecuali mengosongkan bangunan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, yang merupakan premis dbina atas tanah kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang Johari Kassim (gambar) berkata, Adun Penaga itu jelas menyalahgunakan kedudukannya dengan terus menguna bangunan berkenaan yang dibina di atas tanah kerajaan negeri, meskipun beliau bukan lagi mewakili kerajaan yang memerintah.

Sebagai pembangkang Azhar sepatutnya sejak awal mengosongkan bangunan itu tanpa menunggu arahan mahkamah, katanya mengulas laporan akhbar bahawa Azhar ingin failkan rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan itu.

laporan akhbar harian.. Azhar akur tapi...

Azhar sepatutnya berasa malu untuk mempertahankan sesuatu yang bukan lagi menjadi miliknya selaku pembangkang kecuali menyerahkan bangunan itu kembali kepada kerajaan negeri, kata Johari.

Beliau menegaskan bahawa Azhar sebenarnya menyalahguna harta kerajaan untuk kepentingan dirinya dan Umno walhal selaku Adun beliau sememangnya tahu kedudukan itu. -PenangDaily






Tiada ulasan:

Catat Ulasan