Pengikut

Jumaat, 1 Julai 2011

Melaka rancang lucut anugerah 'Datuk Seri' Anwar

Iltizam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong gerakan Bersih 2.0 yang merancang himpunan aman 300,000 di ibunegara, 9 Julai ini berkemungkinan mengakibatkan Ketua Pembangkang itu akan kehilangan anugerah kebesaran 'Datuk Seri'.

Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali Rustam kelmarin dilaporkan telahpun membawa cadangan melucutkan anugerah itu kepada kerajaan negeri berkenaan.

Ini kerana mereka yang pernah menerima anugerah tertinggi kerajaan negeri jika terlibat dengan Bersih 2.0 wajar dikenakan tindakan sedemikian sebagai tanda protes terhadap mereka, katanya selepas merasmikan upacara pecah tanah Hotel Koperasi Bela Masyarakat (KOBEMAS) di Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka.

Melaka menganugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) membawa gelaran Datuk Seri kepada Anwar ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1994.

-PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan