Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan beliau akan membuat laporam polis jika laman web parti teras Barisan Nasional (BN) itu gagal berbuat demikian.
Lim (gambar) berkata beliau dan isterinya tersinggung dengan serangan bertubi-tubi daripada parti itu sejak kebelakangan ini.
“(Sebenarnya) saya mahu mengakhiri perkara ini agar ia tidak mengganggu anak lelaki saya. Dia tidak pergi ke sekolah selama dua hari apabila perkara ini muncul (sebelum ini).
“Saya tidak mahu dia melalui keadaan ini sekali lagi atau berhadapan dengan siasatan polis, yang melibatkan pembunuh karakter ala ninja di sebalik bayangan blog-blog yang pro-BN,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.“Jelas bahawa anak saya telah menjadi seorang mangsa fitnah yang keji,” kata Lim dengan menggariskan beberapa perkembangan berkaitan.
Pertamanya kata beliau, anaknya telah dipindahkan ke St Xavier’s Institution pada Januari tahun ini dan bukan Mei lalu seperti yang dituduh.
“Gambar pelajar perempuan yang menjadi ‘mangsa’ telah dibuktikan sebagai palsu apabila perempuan tersebut sebenarnya berumur 21 tahun dan berasal dari Hong Kong.
“Mangsa yang terbabit, Anya Corke telah pun mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tuduhan tersebut. Anya telah berkata bahawa dia tidak pernah dimangsakan oleh anak saya, malah tidak pernah sekali pun bertemu dengan saya atau anak saya. Sebaliknya dia menambah bahawa penyiaran gambar-gambarnya dalam blog-blog pro-Umno yang sebenarnya telah mencabul kehormatannya,” kata Lim lagi.
Selain itu kata Lim, Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee iaitu sekolah lama anaknya telah pun menafikan secara umum bahawa tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti yang didakwa.
“Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin juga telah memberitahu suratkhabar The Star pada 22 Oktober 2011 bahawa jabatannya tidak menjumpai sebarang bukti untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan dalam blog-blog pro-Umno,” katanya lagi.
Lim menambah, walaupun sudah dinafikan oleh semua pihak, MCA dan Umno masih lagi berterusan dengan serangan yang kejam dan keji dalam blog-blog mereka seperti Umno Online. “Malahan, Bernama telah melaporakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata bahawa penafian tidak mencukupi dan mencabar supaya laporan polis dibuat,” kata beliau.
Lim berkata beliau juga telah menyarankan kepada BN dan Umno supaya tidak berkelakuan pengecut.
“Jika mereka berniat untuk membunuh kerjaya politik saya, mereka dipersilakan.
“Tetapi, tolong biarkan anak saya yang tidak bersalah. Namun begitu, pihak Umno masih berterusan dengan kenyataan-kenyataan yang membayangkan bahawa jika laporan polis tidak dibuat, maka ada sesuatu yang tidak kena,” kata beliau.
Malah kata beliau, Umno Online telah memetik daripada laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh akhbar Guang Ming Daily, yang telah pun dinafikan dengan segera oleh akhbar itu, yang melaporkan bahawa saya telah memindahkan anaknya ke sekolah lain kerana gejala dadah di sekolah lamanya.
“Baru-baru ini, blog-blog pro-MCA pula masuk menyampuk dengan mengatakan bahawa saya bukan seorang bapa yang baik kerana enggan membuat laporan polis.
“Keluarga saya berasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh ramai rakyat Malaysia yang meluat dengan politik longkang yang diamalkan BN dan Umno,” kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sambil menambah, “kami juga menghargai Anya Corke kerana berani membuat kenyataan umum yang telah membersihkan nama anak saya.”
“Kami juga menyambut baik kenyataan ibu Anya bahawa beliau akan mempertimbangkan tindakan mahkahmah untuk melindungi anaknya.
“Selepas perbincangan dengan keluarga saya dan juga anak saya, kami berasa keberatan tetapi telah bersetuju untuk mengambil tindakan,” katanya.
Keberatan untuk berbuat demikian tegas beliau, akan memberi peluang kepada pembuli-pembuli tersebut untuk terus memburukkan nama anaknya.
“Kami memberi Umno Online masa sebanyak 48 jam untuk menarik balik dan meminta maaf untuk politik kotor dan fitnah mereka terhadap anak saya dengan dakwaan yang tidak berasas bahawa anak saya telah mencabuli seorang pelajar perempuan.
“Jika mereka tidak membuat demikian, sebuah laporan polis akan dibuat dan tindakan lain akan diambil,” kata beliau. -TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan