Bermacam-macam hadiah yang diberi kepada ketua negeri P.Pinang sebagai simbolik tanda protes beliau kepada pentakbiran negeri P.Pinang, Akhirnya memakan dirinya sendiri... Beliau kini dikecam bebagai pihak... kerana tindakan bodohnya itu. (baca disini, sini dan dibawah ini)
GEORGETOWN - Tindakan Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang memberikan pakaian dalam wanita kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai tanda protes dikecam pelbagai pihak terutama golongan wanita.
Tinjauan yang dilakukan mendapati ramai wanita tidak bersetuju dengan tindakan Mohamed Ghani yang dikatakan tidak profesional selain cuba menjatuhkan martabat kaum wanita.
Presiden Pertubuhan Wanita Prihatin, Sharifah Noriati menyifatkan tindakan Mohamed Ghani tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah selain tidak menghormati pemimpin yang dipilih rakyat.
Menurutnya, Mohamed Ghani mempunyai banyak pilihan lain sekiranya mahu menyelesaikan masalah namun bukannya melakukan kekecohan dan cuba menarik perhatian dunia dengan perkara tidak sepatutnya.
“Tindakan Mohamed Ghani menghadiahkan pakaian dalam wanita itu sangat tidak wajar dan tidak matang ia seolah-olah menghina kaum wanita.
“Masih banyak hadiah lain yang boleh diberikan dan saya percaya setiap masalah yang timbul tentu ada saluran yang boleh diselesaikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
NGO sepakat buat laporan polis
NIBONG TEBAL – Beberapa ahli badan bukan kerajaan (NGO) di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kecewa terhadap tindakan pengerusi sebuah persatuan yang memberi coli dan seluar dalam bercorak harimau bintang sebagai simbolik meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri.
Sehubungan itu, mereka (NGO) sepakat mengambil inisiatif dengan membuat laporan polis bagi memastikan perkara itu tidak akan berulang.
Wakil NGO SPS, David Saminathan berkata, sebagai sebuah rakyat yang hidup dalam keadaan aman perbincangan seharusnya dilaksanakan sebelum melakukan tindakan.
“Tindakan memberi seluar dalam dan coli ini amat memalukan dan perkara itu seharusnya ditangani.
“Negara kita mempunyai undang-undang dan sekiranya tidak berpuasa hati terhadap sesuatu lakukan penyelesaian dengan baik dan bukannya dengan menjatuhkan maruah orang lain.
“Keadaan ini juga memalukan kita apabila ia dilihat oleh pelancong luar dan sudah pasti persepsi buruk akan dilemparkan kepada rakyat Malaysia,” katanya yang juga selaku Pengerusi E-community Service SPS.
David yang ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara terbabit turut memberitahu, sejak pagi semalam beliau menerima aduan daripada penduduk wanita berhubung isu berkenaan.
“Rata-rata wanita kecewa apabila tindakan pengerusi persatuan terbabit seperti menjatuhkan maruah mereka apabila menggunakan coli dan seluar dalam untuk melahirkan perasaan tidak puas hati.
“Beliau seharusnya menjadi contoh dan menunjukkan kelakuan yang baik meskipun tidak berpuas hati dengan mana-mana pentadbiran.
“Selesaikan dengan cara elok dan bukannya dengan melakukan perkara yang tidak wajar serta menjatuhkan maruah orang lain.
“Sebelum ini, beliau juga pernah melakukan perbuatan yang kurang senang terhadap Kerajaan Negeri dan bagi menangani situasi terbabit dari terus berleluasa, tindakan tegas polis harus dilakukan.
“Diharap, dengan adanya laporan polis ini, pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum sesebuah komuniti yang hidup dalam keadaan aman menjadi pecah-belah,” katanya. -SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan