
Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Keenam-enam tahanan itu, termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, dibebaskan semalam selepas ditahan selama 28 hari.

Kumpulan 17 sukarelawan itu tiba pada sekitar jam 8.30 pagi di gerai makanan pasar Bayan Baru dan disertai oleh ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin, yang merupakan wakil rakyat kawasan itu bagi menunjukkan sokongannya.
Mereka yang 'membotakkan' kepala termasuk dua ADUN DAP - Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) dan Koay Teng Guan (Sungai Pinang) manakala ahli majlis Pulau Pinang (MPPP) Mohd Rashid Hasnon mencukur janggutnya.

Lima pendandan rambut dari Weiny Hair Studio menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma juga sebagai tanda sokongan. - Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan