Kira-kira 50 orang anak muda serba berpakaian Bersih 2.0 petang tadi berarak di sekitar KLCC, Kuala Lumpur sambil menuntut keadilan bagi Allahyarham Baharuddin Ahmad yang mati lemas dek bedilan gas pemedih mata polis.
Perarakan kumpulan anak muda tersebut langsung tidak menghadapi rintangan polis sebagaimana pada 9 Julai lalu yang menyaksikan polis bertindak keras ke atas rakyat.
Perarakan kumpulan anak muda tersebut langsung tidak menghadapi rintangan polis sebagaimana pada 9 Julai lalu yang menyaksikan polis bertindak keras ke atas rakyat.
Malaysiakini melaporkan, lebih sejam kumpulan anak muda terbabit berkumpul secara aman.
Namun anehnya, seorang anggota polis pun tidak kelihatan di tempat kejadian.
Kumpulan anak muda terbabit berarak di jalan yang pernah dilalui oleh Allahyarham, iaitu dari Taman KLCC ke kompleks Avenue K.
Turut serta dalam perarakan sulung selepas tragedi "9 Julai" itu adalah anak saudara Allahyarham, Azhar Kassim.
Beliau memberi suntikan semangat kepada anak muda yang hadir supaya tidak putus asa walaupun satu jiwa telah terkorban di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa tidak berprikemanusiaan.
Dijangka, kempen "Kuningkan Malaysia" pada Sabtu depan bakal disertai lebih ramai lagi anak muda tanpa gangguan polis. -PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan