
"Menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan kerana isu tersebut menyusahkan parti (Umno)," kata Bung yang ternyata berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Shahrizat itu.
Tindakan segera hendaklah diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno. Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)
PKR sebelum ini mendedahkan status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Ini termasuklah pindahan wang ke dalam akaun-akaun deposit tetap milik NFC yang bakinya berjumlah RM119 juta pada 31 Disember 2009, pindahan wang kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sehingga mencecah jumlah RM83 juta pada 31 Disember 2009, perbelanjaan perjalanan luar negara dan keraian berjumlah RM828,000 dalam tahun 2009 dan subsidi kepada restoran Meatworks milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berjumlah RM3 juta dalam tahun 2009. -PD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan