Pengikut

Ahad, 17 Julai 2011

Pulau Pinang akan beri RM100 untuk bayi baru lahir

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sedang menimbangkan untuk menghadiahkan RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pemberian one off itu di bawah program “Anak Emas Pulau Pinang” itu bagaimanapun mensyaratkan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan dan salah seorang ibu bapa adalah pengundi di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 “one-off” urusan jenazah kepada waris warga emas yang telah dilancarkan telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan agar kerajaan negeri menimbang pula pada anak-anak negeri yang baru lahir.

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri PR anggap pemberian RM 100 nanti menerima sambutan baik, katanya sambil menegaskan bahawa sungguhpun pemberian itu kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru.

"Sebanyak RM 20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas Pautandan waris mereka. Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh pembangkang BN, usaha mereka gagal kerana kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftar menyertainya." -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan