"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia, " kata Kamariya Rejab, 59, yang kecewa majlis perkahwinan anak tunggalnya kurang menerima kehadiran jemputan kononnya kerana Himpunan Aman Bersih 2.0, Sabtu lepas.
Sambil menyalahkan Anwar kerana Himpunan itu, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian untuk menyaman penganjur himpunan kerana kerugian RM45,000 ekoran kurang tetamu hadir.
Daripada 3,000 tetamu jemputan, hanya 1,000 orang hadir, maka rugi lah..., katanya yang mengadakan kenduri anaknya Rehan Jaharudin, 29, dengan Dzulfikar Mahtar, 29, di Desa Pandan, Kampung Pandan.
"Ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan," katanya.
"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, sedih kerana hanya jiran di Desa Pandan yang datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu," katanya yang jelas tidak redha dengan apa yang berlaku.
BERSIH pada hakikatnya telah rencanakan lebih enam bulan lepas. -PenangDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan