Pengikut

Rabu, 20 Julai 2011

Aura Anwar Pugai Warga Semporna?

KUNJUNGAN Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Semporna sekitar jam 6 petang kelmarin sempat memugai 300 penduduk di rumah seorang penjual papan, Tahir Haji Arifin; namun agak luar biasa kerana auranya memukau Pegawai Kerajaan agar berani untuk berucap.

Majlis petang tersebut begitu bersemangat kerana dihangatkan oleh kehadiran guru-guru tempatan dan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tetapi mengajar di Semporna.

Hadirin terpukau dengan keberanian seorang Pensyarah Maktab Perguruan Tawau, Arbaa, iaitu adik ipar Mantan Calon PBS Kunak, Hj Abdullah Minun yang tanpa segan silu mengutuk kerajaan dengan pelbagai isu tanpa gentar diambil sebarang tindakan kerana yakin dengan haknya untuk bercakap.

Ketika ditanya seorang rakan yang mengatakan beliau perlu letak jawatan jika ingin berpolitik, Arbaa melenting dan berkata bahawa gertakan agar beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah; semata-mata kerana berucap di majlis pembangkang adalah terlalu dangkal dan bersifat emosi dari kepimpinn BN yang tidak insaf akan kelemahan mereka.

“Biarkan rakyat dengan pilihan dan kemahuan mereka sendiri. Kalau benar mahu penjawat awam itu sokong parti kerajaan, tunjukkan kelebihan kenapa harus disokong. Dalam institusi rumah tangga juga tidak semua anak-anak satu fikiran dengan ayah,” kata Arbaa yang menekankan perkara ini harus disedari oleh kepimpinan parti dan negara kerana pada pandangan beliau negara dan parti tidak harus bergabung.

Beberapa orang Ketua Cawangan UMNO yang menghubungi Koresponden Sabahkini.net di Semporna turut melahirkan kekecewaan atas tindakan tidak wajar pensyarah dan guru-guru berkenaan, namun akan membuat kenyataan berasingan setelah berbincang dengan jawatankuasa masing-masing.

-SUHAILA BANDAHALA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan