Pengikut

Selasa, 19 Julai 2011

Lim Guan Eng dan Nizar di Karnival Harmoni Rakyat

Rakyat Pulau Pinang seharusnya merebut peluang untuk beramai-ramai menghadiri Karnival Harmoni Rakyat anjuran kerajaan negeri yang akan berlangsung di tiga daerah pada hujung minggu ini, khusus untuk memartabatkan maklumat kerjabuat Pakatan Rakyat.

Bagi kawasan Seberang Perai Tengah, karnival akan berlangsung di padang awam Taman Semilang,(hadapan Tesco) Seberang Jaya (23hb Julai/Sabtu,manakala bagi Seberang Perai Utara di dewan Simpang Empat Permatang Buluh (24hb Julai/Ahad).

Program berkenaan telahpun diadakan dik Seberang Perai Selatan dan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri1 Dato Mansor Othman pada Sabtu lepas. Ia mendapat sambutan baik.

Pelbagai acara diatur semasa karnival berkenaan termasuk pameran oleh bank, klinik khidmat guaman, pemeriksaan kesihatan dan permainan tradisional, manakala pada sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah penerangan.

Satu lagi majlis akan diadakan di Balik Pulau juga pada Ahad, 24 Julai, dengan majlis penerangan pada malamnya akan disampaikan Mansor dan Ketua Penerangan Sekretariat Pakatan Rakyat Perak Khalil Idham Lim dan Anggota Parlimen Balik Pulau Sdra Yusmadi.

Pada 23hb Julai, Mansor dijadual menyampaikan penerangan mengenai program kerjaan negeri di Padang Semilang itu bersama-sama Anggota Parlimen Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa dan Drs Khalil Idham Lim.

Pada 24hb Julai, Ketua Menteri Lim Guan Eng dijadualkan menyampaikan ucapan perasmian penutup dan penerangan di Simpang Empat Permatang Buluh, bersama-sama dengan Pengarah Pilihanraya Pas Pusat Dr Hatta, dan AJK PAS Pusat Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin. -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan