
Ketika proses perbicaraan kes ‘Datuk T’ di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kesalahan menayang video seks di khalayak, para penyokong PERKASA kelihatan sejak awal pagi datang memberi sokongan padu kepada tertuduh.
Dipetik dari The Malaysia Insider, kira-kira 150 orang pengikut PERKASA (ahli Umno kot) bukan sahaja datang memberi sokongan terhadap Datuk T, bahkan mereka melaungkan sokongan kepada Datuk T, sambil membawa poster yang tertulis “Bebaskan Datuk T”, “Tindakan Datuk T Wajar”, “Kita Tengok Siapa Yang Benar”, “Kami Sokong Datuk T”, “Hidup Datuk T” dan “Kami Sayang Datuk T.”

Hari ini, Datuk T yang terdiri daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah mengaku bersalah terhadap tuduhan menayang video seks kepada para wartawan media perdana di hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

-RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan