Pengikut

Khamis, 15 Disember 2011

Sebab inikah Lim Boo Chang keluar PKR?

Sebelum itu.. ini dari apa yang aku ketahui..

Sebab utama Lim Boo Chang keluar PKR hanyalah demi meneruskan karriernya di dalam politik sahaja, bukan dibeli atau hilang keyakinan terhadap Parti.

Menurut sumber ini kerana apabila mengetahui bahawa namanya tidak tersenarai sebagai calon yang boleh menang pada PRU-13 nanti bagi kerusi PKR beliau telah mengambil tindakan untuk keluar dari PKR.

Pertemuan dengan beberapa pemimpin Gerakan telah dilakukan disebuah hotel 5 Bintang dalam Bandaraya Georgetown sekitar jam 2.30 pagi dua minggu yang lalu..

Sumber tersebut juga mengatakan yang Lim Boo Chang akan di-tawarkan untuk bertanding pada PRU-13 dengan membawa bendera Parti Gerakan.

Mungkin bagi Lim Boo Chang ni.. lompat parti bukan perkara luar biasa pasal dah dia dah biasa… tak perlu kita nak kutuk dia lebih-lebih, itu hak dia.. lagipun Negara kita kan negara demokrasi..

Cuma aku kurang pasti bagaimana PKR mengenalpasti samada ADUN yang ada sekarang ‘Calon boleh menang atau tidak’ kerana ada seorang ADUN tu.. dikatakan bakal kalah oleh 4 pihak yang mengadakan survey di kawasannya tapi dengar cerita masih akan bertanding.

4 pihak yang dimaksudkan ialah pihak yang berada diluar penguasaan PKR.. he..he..he..

Baca apa alasan yang disediakan oleh Ketua AMK Pulau Pinang di bawah ini.. inilah kelebihan PKR, boleh bercakap tak perlu ikut hiraki dalam Parti, sepatutnya jawapan dari Pengerusi Perhubungan atau Ketua Penerangan bukannya Ketua AMK! -ASD

******************************************

PKR 'gembira' Lim Boon Chang keluar parti

PULAU PINANG, 15 Dis: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang mengalu-alukan perletakan jawatan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang (gambar) untuk sertai parti lamanya, Gerakan yang kian karam dalam arus politik tanahair.

Ketuanya, Amir Ghazali ketika dihubungi menegaskan, keputusan itu tepat sekali kerana parti tidak mahu wujudnya individu yang mencari kesempatan untuk bertanding di satu-satu kerusi serta seringkali mengungut parti sekiranya permintaanya tidak diterima.

"Sebelum dipecat lebih baik beliau letak jawatan kerana sikap yang ditunjukan mula melampau. Biar dia karam di laut bersama nakhoda Gerakan yang sudah jelas melakukan penyelewengan demi penyelewengan, "ujarnya gembira.

Baginya, tidak elok parti menyimpan individu yang sering mengambil kesempatan sedemikian kerana keputusan siapa yang akan dicalonkan atau di kerusi mana dicalonkan bukan keputusan peribadi sebaliknya adalah keputusan parti.

Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya mengundang padah kepada Gerakan pimpinan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang kini tidak lagi mempunyai kekuatan semaksima dulu selepas berbagai isu dikaitkan denganya ketika bertindak sebagai Ketua Menteri beberapa penggal.

"Biarlah dia belayar bernakhodakan bekas ketuanya dulu yang terkenal dengan suka menyeleweng dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, " tegas beliau.

Lim Boon Chang pernah menganggotai Gerakan selama 15 tahun mengambil keputusan menganggotai PKR kira-kira tiga tahun lalu dan tengahari tadi mengambil keputusan meletakan semua jawatan dalam parti dan menyertai semula Gerakan dengan alasan PKR sudah tidak releven apabila kebanyakan suara yang hadir dari peringkat bawahan tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan. -Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan