Martabat dan daulat negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen serta terpimpin pernah kita tontoni ketika sebuah cerita lakonan Allahyarham P.Ramlee. Apakah maksud demokrasi berparlimen terpimpin ini? Mungkin rakyat kurang jelas dan faham tentang maksud kata-kata tokoh pemikir seni tersebut.
Demokrasi terpimpin bermaksud, negara kita dipimpin oleh Kesultanan Melayu yang memantau setiap gerak kerja pentadbiran yang dijalankan oleh rakyat untuk rakyat. Namun, bukan salah rakyat ataupun Kesultanan Melayu sekiranya kerajaan yang sedia ada ini menjalankan teknik pemerintahan berkonsepkan SUAPAN.
Untuk membetulkan sebuah sistem negara agar tidak menjadikan SUAPAN sebagai satu peluang perniagaan atau sumber pendapatan, kita mestilah melihat kepada aspek pemilihan perwakilan di parlimen atau lebih jelas dikategorikan kepada barisan pembikinan dasar kenegaraan sama ada dari segi ekonomi atau kesejahteraan negara.
Jika di kepalanya bengkok, maka ekornya pun bengkok juga. Sekiranya di awal memilih wakil-wakil parlimen atau parti itu penuh dengan penyelewengan maka dasar yang akan diketangahkan juga berunsurkan penyelewengan sama ada berbentuk kewangan atau kuasa.
Di sini, SPR sudah semakin berani meletakkan harga sebuah demokrasi pada harga RM48 ribu, sementara pada hakikatnya sama ada pihak pemantau (Kesultanan Melayu) dan juga rakyat meletakkan harga demokrasi negara melebihi harga menara berkembar KLCC yang tersergam indah.
Apakah tindakan SPR ini bukan merupakan suatu aktiviti penyelewengan sedangkan untuk mendapatkan maklumat penduduk serta alamat tersebut yang disyaki ada kemushkilan dianggap sebagai satu kewajipan agar demokrasi terpimpin ini dapat dilaksanakan di dalam suasana yang harmoni? Atau memang sengaja SPR meletakkan suatu matlamat yang didasarkan oleh parti pemerintah masa kini yang kita suka gelarkan mereka ini UMNO? Atau secara peribadi kita boleh letakkan SPR itu petugas UMNO dalam melaksanakan demokrasi terpimpin?
Jika beginilah kisahnya tiada bermakna demokrasi dijalankan kerana terlalu besar topengan yang dicipta UMNO bagi mengaburi mata pemantau negara dan rakyat yang ditadbir. Adalah lebih baik, jika Kesultanan Melayu sendiri melantik terus pemimpin seperti Perdana Menteri dan Kabinet serta Menteri Besar bagi melaksanakan dasar yang lebih berjiwa rakyat. BUBARKAN SEMUA PARTI POLITIK!
Jika SPR sebagai badan pengawal selia dan pengurus tadbir Pilihanraya yang dijangka hasilnya lebih TELUS boleh mengadakan penyelewengan bagaimana badan-badan kerajaan yang lain seperti SPRM, PDRM dan ATM. Adakah mereka berkerja demi UMNO? SPRM, sebagai mata rakyat dan negara mesti melihat ini dari aspek keluhuran perlembagaan supaya rakyat tidak gelisah di dalam mencari petunjuk kepada kepimpinan yang berjiwa rakyat.
Ayuh teman-teman di dalam kerajaan, kita semua bukan digaji oleh BN, malahan gaji kita perolehi adalah dari rakyat yang sentiasa memberikan mandat kepada kita serta tanggungjawab untuk melaksanakan demokrasi yang lebih ADIL. Amanah kerja bukan ibarat menjaga pintu tandas, tetapi melebihi dari aspek kehidupan peribadi.
Kita sebagai kaki tangan kerajaan akan ditanya, adakah kita menjalankan tugas untuk rakyat dan adakah kita memberikan keadilan untuk semua rakyat di dalam negara Malaysia Tercinta ini.
Jangan biarkan diri kita diselebungi rasa bersalah kerana apa yang kita lakukan akan sentiasa dikenang oleh generasi akan datang. Tugas kita memang berat, tetapi kita mesti tegakkan keadilan demi negara Malaysia. Hidup Rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan