Perlu diingatkan kepada puak Melayu yang tidak bermaruah seperti UMNO, kamu boleh mengatakan begitu tetapi jangan kait kan dengan semua orang Melayu kerana hanya Melayu yang menyokong UMNO, yang tidak tahu dosa pahala, tidak pedulikan syurga atau neraka dan tidak pedulikan Allah dan Rasul sahaja yang mempertahankan bahawa Utusan Malaysia itu adalah hak mereka.
Yang pasti, majoriti orang Melayu yang beriman akan menolak dan membuang akhbar tersebut ke dalam kandang khinzir termasuk akhbar Berita Harian, Kosmo dan lainya yang ada kaitan dengan UMNO.
Ingatlah wahai sang UMNO…bumi ini bukan milik UMNO, ianya ciptaan dan milik Allah. Dijadikan untuk semua makluk Allah tanpa mengira yang beriman atau yang kufur.
Sekiranya orang Cina dinafikan hak oleh UMNO untuk tinggal dan berpijak dibumi Malaysia ini, maka sedarlah wahai puak UMNO bahawa golongan zalim, pengkhianat, memfitnah, penderhaka pada Allah dan Rasul, penindas, perompak dan ibu segala kemungkaran dan maksiat juga tidak layak bukan sahaja berada dibumi Malaysia bahkan orang UMNO juga tidak layak berada di mana sahaja ruang bumi Allah ini.
Lihat saja dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), Utusan yang merupakan harta tetap milik UMNO seperti hilang pedoman dan tidak punya agama, menyiarkan berita dan gambar-gambar yang tidak layak dibaca oleh makhluk yang mengaku dirinya manusia yang berakal.
Dalam isu perbicaraan kes liwat DSAI, dalam hujah penggulungan peguambela DSAI dengan jelas mengatakan bahawa si Saiful itu jelas bercakap bohong.
Mengikut saksi- saksi yang tidak dibawa ke mahkamah mengakui bahawa mereka berada bersama DSAI di kondominium pada hari dan tarikh tuduhan liwat itu dibuat dan mereka tidak nampak pun kelibat Saiful pada hari dan tarikh tersebut.
Yang peliknya beberapa orang saksi-saksi ini yang ditelah disoalsiasat oleh polis termasuk pemilik kondo dan isteri, dua orang gaji dan beberapa orang lagi tidak pula dipanggil oleh pihak pendakwa sebagai saksi dalam mahkamah sepanjang perbicaraan berlangsung.
Adakah kerana mereka tidak bekerjasama dengan polis untuk membuat kenyataan palsu maka mereka diharamkan dari menjadi saksi?
Begitu juga kamera CCTV yang dikatakan menunjukan Saiful ada dalam kondo tersebut juga tidak dibawa sebagai bahan bukti dalam mahkamah sedangkan ianya ada dalam simpanan polis. Hanya CCTV diluar kondo saja yang melihatkan Saiful keluar masuk dipintu luar kondo tetapi tidak ada bukti Saiful masuk ke dalam kondo tempat yang dikatakan berlakunya liwat itu.
Inilah rekaan, penipuan dan konspirasi yang menjijikan hasil ciptaan UMNO yang menjadikan Saiful ini sebagai alat dan bahan korbannya dengan umpanan wang ringgit.
Layakkah mereka-mereka ini berpijak di bumi Allah ini?
Walaubagaimanapun kita tunggu keputusan hakim pada 16 Mei nanti samada membuang kes ini atau memanggil DSAI membela diri.
Jika membela diri, peguambela DSAI telah membuat keputusan untuk memanggil PM dan isteri dan juga pemilik kondo dan isteri, dua orang gaji dan beberapa orang yang bermesyuarat dengan DSAI yang ada di kondo tersebut
pada hari yang Saiful dakwa dilihat walaupun mungkin dibantah oleh pihak pendakwa kelak.
Peguambela dijangka akan tetap berkeras untuk memanggil mereka semua ini sebagai saksi nanti.
Tetapi jika hakim membuang kes….maka Gani Patail akan pastikan kes video sek DSAI akan mengambilalih untuk mengheret kembali DSAI ke mahkamah seterusnya dihumban ke Sungai Buluh, dengan itu nanti semangat pejuang keadilan dan semangat rakyat akan bangkit dengan lebih hebat dan meluap-luap untuk menjatuhkan dan menumbangkan BN khususnya UMNO.
Yang pasti UMNO wajib di sungkurkan dan ditalqinkan sebelum rakyat dan negara menjadi hancur dan aqidah umat Islam lebur.
Adalah lebih baik duduk dibawah kerajaan atau berkawan dengan DAP dari duduk dibawah atau berkawan dengan UMNO. Orang munafiq (UMNO) lebih bahaya dari orang kafir.
Setelah gagal memecahbelahkan PAS dengan PKR, kini UMNO guna pula isu 1Bumi, 1Melayu untuk pecahbelahkan PAS dengan DAP pula. Inilah puak munafiq yang tak habis-habis kerjanya untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dan melaga-lagakan orang lain yang tidak menyokong mereka. Berhati-hatilah dengan golongan ini. Insyaallah.
-KeadilanDaily / Tok Janggut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan