Pengikut

Khamis, 28 April 2011

Video Fitnah: Polis restui blogger Umno-BN

KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian dari perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo (gambar kiri) tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?,”

“Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud ‘kerjasama’ di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

“Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran (gambar kanan) dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

“Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?

“Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

“Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan,” kata Surendran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan