Pengikut

Rabu, 27 April 2011

PERKASA tubuh Briged Setia Negara dalam RELA

Pertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah memperluaskan lagi peranan dalam perjuangan politiknya Pautandengan menubuhkan unit khas - Briged Setia Negara - dalam Ikatan Relawan Rakyat (RELA), yang ekslusif untuk anggotanya.

Penyelaras PERKASA, Zainuddin Salleh memberitahu Komunitikini
bahawa briged tersebut ditubuhkan oleh ketua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor Disember tahun lalu.

“Satu kelulusan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lepas untuk penubuhan briged tersebut," dakwa Zainuddin.

"Briged itu ditubuhkan eksklusif untuk anggota PERKASA Selangor," tambahnya.

Katanya, mereka yang menyertai PERKASA akan ditawarkan pilihan untuk menganggotai Briged Setia Negara.

NONELamanweb PERKASA Selangor menunjukkan penubuhan briged tersebut diumumkan kepada anggotanya dalam satu majlis baru-baru ini.

Briged tersebut, menurut Zainuddin, tiada bezanya dengan unit-unit lain dalam RELA kecuali syarat untuk menganggotainya.

“Tugas dan pakaian seragam tetap sama,” tambahnya.

Ditanya sama ada ahli Umno yang bukan anggota PERKASA dibenarkan menyertai briged tersebut, Zainuddin berkata, individu seumpama itu harus menyertai RELA secara terus.

Semakan di lamanweb PERKASA Selangor mengesahkan bahawa pertubuhan itu telah mengadakan satu taklimat mengenai briged berkenaan dalam satu majlisnya baru-baru ini, dengan Abdullah memakai berpakaian seragam RELA.

-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan