Pengikut

Rabu, 27 April 2011

DAP dan Pas perlu galas beban bersama ?

PKR mahu kesemua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama menggalas beban dengan meletakkan calon mereka di kawasan sukar dimenangi di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, parti tersebut telah menggunakan sumber sepenuhnya dengan meletakkan calon bertanding di 49 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun mengetahui banyak kawasan tidak boleh dimenangi.

Namun menurutnya, PKR tetap menggalas beban tersebut kerana tidak mahu Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan percuma pada hari penamaan calon selain tidak mahu menghampakan harapan rakyat Sarawak dengan slogan ‘Ubah’.

“Pada asalnya, PKR hanya mahu bertanding di 25 DUN sahaja kerana kawasan-kawasan ini menjanjikan pertarungan sengit, 15 daripadanya ditanding DAP dan lima Pas.

“Jika PR bertanding di 45 DUN ini sahaja, pada hari penamaan calon, BN sudah memperoleh 26 kerusi percuma, hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri, PKR teruskan juga kerana kami tiada pilihan,” katanya pada sidang media di semalam.

:Katanya lagi, terdapat 24 kawasan DUN yang dianggap ‘tidak mungkin menang’ pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu, tetapi PKR tetap meletakkan calon kerana dua parti komponen lain kerana DAP dan Pas tidak berani menghadapinya.

“Ketika berbincang dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), mereka juga tidak mahu meletakkan calon di kawasan-kawasan ini, namun PKR meletakkannya juga kerana yakin boleh buat kejutan.

“Tiada pilihan lagi, PKR menggalas beban berat, saya tahu saya paling junior di kalangan pemimpin PR dan mungkin dimarahi selepas ini, tetapi seseorang perlu meluahkannya, DAP dan Pas perlu sama sanggup meredah sungai dan hutan pada pilihan raya umum nanti,” katanya.

Selain itu, Rafizi turut menyifatkan Sarawak sebagai kubu kuat BN dengan analisis terbaru menunjukkan PR memerlukan undi berubah sebanyak 40 peratus di lapan DUN dan 30 peratus di tujuh DUN sekiranya mahu menang.

Ditanya mengenai dakwaan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan dinobatkan menjadi Ketua Menteri sekiranya PR menang, Rafizi menegaskan PKR tidak pernah berkata demikian sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan