Serangan keatas Azmin kelihatan menggunakan pendekatan yang berbeza, orang yang rapat dengan beliau dipergunakan bagi pula..
Semalam Isteri beliau Shamsidar Taharin dicabar menjelaskan perlakuan sebenar suaminya serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu kononnya oleh Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan.

Kata Ummi Hafilda dalam wawancara dengan Media UMNO itu “Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
Tapi jika Ummi seorang adik yang baik mengapa perlu beliau menggunakan media untuk memujuk abangnya itu? Adakah beliau tidak mempunyai nombor talipon abangnya itu untuk dihubungi dan dipujuk?
Mungkin kerana jika beliau menghubungi abangnya itu melalui talipon beliau terpaksa membayar bil talipon itu.. tapi jika menggunakan media UMNO pula beliau akan menerima bayaran .. bolehjadi apa yang diperolehi semasa kes liwat pertama dulu sudah semakin susut agaknya....
Selepas ini siapa pula yang akan digunakan mereka untuk menyerang Azmin Ali? Dan siapa pula yang akan diserang oleh Media UMNO, adakah mereka akan menyerang mengikut turutan berdasarkan Carta Organisasi PKR yang baru?
‘Taubatlah Azmin’
UMI HAFILDA ALI
Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.
Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.
'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.
UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.
Media UMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan