Veteran Umno Tan Sri Aziz Tapa kata 'Hilang Umno Hilang Negeri ','Melayu
tu Islam Islam tu Melayu' dalam TVBernama yang kini semakin ligat
berkempen jadi barua Umno.Bukan takat TV Bernama jadi barua dan Pak Yet
Umno TV berbayar pun sama jadi barua Umno depa semakin risau Umno
tumbang pru 13 akan datang haha
Semua orang tahu Umno takut kepada kalah dan hilang Putrajaya dalam pru 13 akan datang.Atas kertas kata Umno-BN semakin dapat sambutan rakyat itu perkara biasa.Lawan dulu baru tau!
Semua orang tahu slogan Melayu yang ada pada Umno hanya untuk selamatkan pemimpin Umno yang kaya raya supaya tidak hilang nikmat kekayaan yang depa miliki kerana telah sekian lama jadikan orang Melayu sebagai kuda tunggangan mereka.Umno kini hanya hidup dengan slogan Melayu tapi sebenarnya Umno dah lama mati.Ini yang perlu disedarkan kepada orang Melayu.
Jika Umno hilang kuasa di Putrajaya maka yang menangis tak berlagu bukan orang Melayu tapi kroni mereka , anak beranak mereka, tukang kipas mereka , bodyguard mereka yang tumpang senang sejak sekian lama.Kita rakyat jika seorang guru, pegawai kerajaan akan kerja seperti biasa tapi mana pemimpin Umno nak selamatkan diri mereka jika hilang kuasa?Ini yang dibimbangkan Umno setelah hilang 5 negeri dalam pru 12 yang lalu.Bukannya nasib kita orang Melayu.
Rakyat dah mula sedar terutamanya orang Melayu bandar bahawa apa yang diperjuangkan Umno kini hanya untuk perut mereka , anak bini mereka yang hidup mewah hasil duit rakyat yang banting tulang empat kerat sara hidup pemimpin Umno.
Tan Sri Aziz ungkit kata semua penat lelah Umno yang banyak berjasa kepada negara.Pi rrrrraaaaah!Tak sedar ka selama ini orang Melayu lah yang jadikan pemimpin Umno kaya raya?Mana ada pemimpin Umno hidup miskin dan melarat macam orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak di kawasan pedalaman.
Lupakah kita jasa Umno yang mau buang perkataan Islam kepada pertubuhan dan NGO?Lupakah kita siapa yang songlap duit saham bumiputera RM52 bilion?Lupakah kita siapa yang jual tanah rezab Melayu hingga jadi semakin kurus?Lagi kuat lagu Melayu didendangkan Umno maka makin banyaklah harta dan kekayaan mereka menimbun-nimbun.
Semalam Najib datang lagi ke Selangor tapi apa yang saya lihat sungguh menyeronokkan ..Umno dah tak dapat sambutan orang Melayu.Yang ada di sekeliling Najib hanya kaki bodek dan kaki ampu.
Hilang Umno hilang negeri .Kelantan Umno tak berkuasa tapi orang Melayu bukan Umno yang berkuasa.Begitu juga di Kedah dan Selangor juga orang Melayu yang berkuasa tapi bukan Umno .Di Pulau Pinang dulu zaman BN Umno menang banyak kerusi tapi tak ada kuasa. - Rakyat Marhaen

Tiada ulasan:
Catat Ulasan