Pengikut

Ahad, 12 Disember 2010

Pegawai Kanan Singapura Label Najib Tidak Layak Memimpin


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dilihat sebagai pemimpin yang tidak berkelayakan oleh pemimpin kanan pentadbiran Singapura.

Pandanganan itu dibuat oleh beberapa pegawai kanan Singapura dalam perbincangan dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat.

Transkrip kabel perhubungan yang didedahkan oleh wikileaks dan disiarkan oleh Akhbar Australia, The Sunday Age melaporkan, kabel perhubungan antara pegawai kanan Singapura yang dikenali sebagai Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh dengan rakan sejawat mereka dari Amerika Syarikat.

Menurut laporan tersebut, mereka memperlekehkan Najib, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin lain dalam Umno dan Barisan Nasional yang disifatkan mereka sebagai lemah.

Najib juga dilabelkan sebagai seorang opportunis dan 'kemerosotan' Malaysia disebabkan oleh kepimpinanan dan ahli politik parti memerintah yang lemah.

Pada September 2008 lalu, Bilahari Kausikan, pegawai kanan hal ehwal luar Singapura memberitahu timbalan setiausaha pertahanan Asia Timur David Sedney bahawa 'keadaan di Malaysia adalah mengelirukan dan berbahaya dicetuskan kemungkinan oleh konflik perkauman yang bakal menyaksikan kaum etnik Cina melarikan diri dari Malaysia dan membanjiri Singapura.

“Berikutan kempimpinan yang lemah, adalah menjadi masalah yang nyata kepada Malaysia dan Najib perlu mempertahankan kedudukan politiknya untuk mengelak pendakwaan berhubung pembabitannya dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaariibuu," Bilahari Kausikan, pegawai kanan Singapura, dilaporkan berkata.

Tambahnya, nasib Najib ibarat telur di hujung tanduk dalam pembabitannya dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Beberapa bulan sebelumnya, Peter Ho, seorang lagi pegawai kanan republik berkenaan dilaporkan memberitahu rakan sejawatnya bahawa Najib pula, adalah seorang opportunis. Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, beliau tidak akan teragak-agak memilih jalan berkenaan jika belia memikirkan perlu berbuat demikian. Perjalanan politik Najib terus dibayangi dengan skandal pembunuhan.

Turut dibicarakan dalam laporan itu adalah berkenaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Pisau politik mengancam menikam Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disukai ramai pihak kerana beliau mencapai kedudukannya melalui perhubungan keluarganya," kata Peter Ho, pegawai kanan Singapura.

Khairy, yang kini menyandang jawatan ketua Pemuda Umno tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet pentadbiran Najib walaupun beliau dilihat sebagai seorang ahli politik yang bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan