Seperti yang kita jangka, Mahkamah Rayuan sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk memberi keadilan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak sehaluan dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Pada 1 Disember tahun lalu yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan. Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan tuduhan tersebut berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998. Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
p/s: Nampaknya Mahkamah Rayuan sekali lagi menjadi penghalang tertegaknya keadilan di negara kita. Hanya rakyat yang dibutakan mata dan hati sahaja akan seronok melihat keputusan yang dibuat ini.
Namun bagi rakyat yang cintakan keadilan dan demokrasi, maka mereka tetap menganggap apa yang berlaku ini adalah satu pencabulan terhadap hak-hak asasi individu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini.
Mahkamah Rayuan telah digunakan sebagai platform terakhir untuk memastikan rakyat dikecewakan sebenarnya. Apapun kita tetap mengharapkan agar keadilan agak tertegak jua akhirnya di bumi kita ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan